Quantcast
Channel: My Homework
Viewing all 168 articles
Browse latest View live

Homestay @ Taman Sg Dua Utama, Butterworth

$
0
0
Assalamualaikum w.b.t

Pagi ini saya kan kongsikan sedikit info sebuah homestay di Taman Sg. Dua Utama, Butterworth. Rumah teres 2 tingkat yang dijadikan sebagai homestay oleh pemiliknya sendiri. Nak kenal sila layari blog Pn Syamimi.



Rumah Teres 2 tingkat
4 bilik tidur
3 bilik air
Penghawa dingin di bilik tidur utama
Dapur dan peralatan memasak
Peti Sejuk
Televisyen

Kalau tak berkesempatan untuk memasak ketika berada di sini, terdapat banyak pilihan tempat makan yang boleh dikunjungi.

Mid Gulai kawah
Asam pedas claypot
Wan'z steamboat & grill
Mee Udang Pak Ngah Sg Dua
Ida Mee Udang Sungai Dua
Char Kuew Teow Sg Dua
Mee Udang Alur Gading
Highway Corner
Nasi Ayam Ketagih
Dan banyak lagi


Berminat untuk menginap di Homestay ini hubungi:
Pn Syamimi 013-591 9341 @ 013-300 9341






    Pembedahan Kecil

    $
    0
    0
    Assalamualaikum w.b.t

    Alhamdulillah hari selasa lepas aqil telah selamat menjalani pembedahan kecil membuka ruang untuk membantu giginya keluar dan tumbuh seperti biasa. Macam yang saya tulis di ENTRI INI, walaupun umurnya hampir genap 6 tahun tapi salah satu gigi di bahagian hadapan masih belum kelihatan.

    Pembedahan dimulakan dengan memberi suntikan bius di gusi, diikuti pula proses membuang tisu-tisu gusi dan diakhiri dengan mengenakan beberapa jahitan dibahagian berkenaan. Nampak seperti mudah tapi mama yang menemaninya ketika itu terasa akan kesakitan dan ketidakselesaan yang dialaminya. Allah Maha Kaya dan benarlah sepetri yang dikata, ujian yang diberikan adalah bersesuaian dengan kemampuan hambanya. Aqil kuat dan boleh melalui detik-detik itu dengan tabah sekali, tiada tangisan dan tiada rengekan dari dia. Malah selepas beberapa ketika selepas pembedahan dia kembali normal bercakap tanpa henti, itulah Mohamad Aqil Dzaki. Semoga usaha ini membuahkan hasil seperti yang diharapkan, jika tidak kena tunggu 4 tahun lagi untuk plan seterusnya.








    2 Entri 1 Hari

    $
    0
    0
    Assalamualaikum w.b.t

    Semenjak ada talian internet sendiri saya berazam untuk membuat minima 2 entri 1 hari di MyHomework. Namun sehingga ke detik ini impian itu masih belum dapat direalisasikan sepenuhnya. Kadang-kadang tercapai, kadang-kadang hanya 1 entri sahaja dan kadang-kadang tiada entri langsung. Adakah tidak cukup masa atau tidak cukup tenaga??? saya sendiri tiada jawapannya. 

    Entri hanya boleh dibuat setelah ariq tidur dan urusan rumahtangga selesai atau pun awal pagi ketika cuti mingguan. Waktu pejabat memang tak boleh le sebab nanti akan tergolong dalam orang-orang curi masa,  Nauzubillah. 

    Memang besar cabarannya bila nak aktif semula berblogging, jadual harian perlu disusun sebaiknya dan masa yang ada perlu digunakan sepenuhnya. Di samping itu juga minda perlu terlebih dahulu memikirkan entri yang sesuai untuk dikongsikan. Jika telah duduk didepan laptop baru nak fikir memang sukar kerana kadang-kadang idea tak datang dan ini akan membuang masa. Rugikan.

    Gambar juga memainkan peranan penting, selain idea yang menarik, gambar yang cantik dan unik akan menarik perhatain pengunjung dan pengikut. Rasanya masih belum mampu letakkan foto-foto cantik disini sekadar letakkan gambar-gambar yang difikirkan sesuai. 

    Disamping itu juga saya akan berusaha menulis entri pelbagai variasi dan tidak terfokus pada satu-satu perkara sahaja. Saya lakukan kerana minat dengan harapan ada entri yang dapat memberikan manfaat kepada pembaca. Doakan agar saya mampu melakukannya.
    ~sekadar hiasan~


      Jalan-jalan Cari Pasu

      $
      0
      0
      Assalamualaikum w.b.t

      Siapa orang ipoh pasti tahu dimana letaknya deretan kedai bunga, pasu, pokok hiasan dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Hari kedua Hari Raya Aidil Adha yang lepas, saya dan umi menelusuri deretan kedai yang menjual pelbagai hiasan di sepanjang Jalan Kuala Kangsar, Ipoh. 

      Misi mencari pasu ini memang mencabar kerana umi mencari harga sepertimana 5 tahun lepas. Memang tak jumpa kerana tempoh 5 tahun bukanlah singkat, bila dicongak lebih dari 5 kali harga minyak naik dan sedikit sebanyak mempengaruhi harga pasu di pasaran. 

      Setelah lebih 3 jam singgah di setiap kedi bagi membuat perbandingan harga akhir kami temui pasu reject yang breharga RM2, nasib baik tiada GST. Kedudukan kedai pulak agak tersorok dan jika mencari buat kali pertama pasti tidak akan menemui kedai tersebut. Lebih malang lagi untuk ke kedai tersebut perlu melalui stesen minyak yang sedang dalam pembinaan. 

      Saya borong 20 biji dan sehingga hari ini misi memindahkan kaktus ke dalam pasu tersebut masih belum berjaya. Sekarang ini cuti mingguan dipenuhi dengan aktiviti menyiapkan projek baru kami. In Shaa Allah bulan depan saya akan war-warkan projek tersebut di sini.









        Masjid Abdullah Fahim

        $
        0
        0
                                                                Assalamualaikum w.b.t

        Masjid Abdullah Fahim terletak di Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Bertam, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. Masjid terbesar di Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang ini mula dibina pada Tahun 2009 dan telah siap sepenuhnya pada 28 September 2012 dengan kos sebanyak RM26 juta.


        Pada 1 Oktober 2012 telah berlangsungnya Majlis Penyerahan pada jam 10.30 pagi bertempat di Masjid Abdullah Fahim. Majlis Penyerahan tersebut diadakan sebagai tanda projek telah siap dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik iaitu Khasal Jaya Sdn Bhd dan telah disempurnakan oleh Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Turut hadir sama dalam majlis tersebut adalah YBhg YB ADUN Pinang Tunggal, YB ADUN Bertam serta pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang, JKR Negeri Pulau Pinang, Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. 


        Masjid Abdullah Fahim adalah hasil cetusan idea YAB Perdana Menteri ke-5 iaitu Tun Abdullah bin Ahmad Badawi sebagai salah satu mercu pembangunan di Kawasan Parlimen Kepala Batas. Masjid Abdullah Fahim yang tersergam indah di Kepala Batas ini juga telah diishtihar sebagai Masjid Daerah Seberang Perai Utara oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Masjid ini mampu menampung 6000 jemaah dalam satu-satu masa.

        Masjid Abdullah Fahim dinamakan sempena nama tokoh ulama' yang terkenal suatu masa dahulu iaitu Sheikh Abdullah Fahim. Tokoh ulama' ini dilahirkan di Tanah Suci Makkah al-Mukarramah pada tahun 1870 di satu tempat tidak jauh dari Masjid al-Haram yang bernama Shuib Ali. Bolehlah dapatkan maklumat berkenaan tokoh tersebut di sini.

        Setiap kali berkunjung ke bertam atau pekan kepala batas pasti masjid ini menjadi pilihan kami untuk menunaikan solat. Maklumat dan berita berkaitan masjid ini boleh layari http://masjidabdullahfahim.blogspot.my/
        Masjid Abdullah Fahim dinamakan sempena nama tokoh ulama' yang terkenal suatu masa dahulu. Berikut ialah sedikit riwayat ringkas mengenai beliau yang saya kutip dari blog tokoh1038.blogspot.com.

        Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

        Nota: Foto diambil menggunakan drone, ihsan jiran saya.
        Masjid Abdullah Fahim dinamakan sempena nama tokoh ulama' yang terkenal suatu masa dahulu. Berikut ialah sedikit riwayat ringkas mengenai beliau yang saya kutip dari blog tokoh1038.blogspot.com. Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim Sheikh Haji Abdullah dilahirkan di Tanah Suci Makkah al-Mukarramah pada tahun 1870 di satu tempat tidak jauh dari Masjid al-Haram yang bernama Shuib Ali.Bapanya Sheikh Ibrahim bin Haji Tahir bermastautin di kota Mekah dan menjadi guru agama di Masjid al-Haram.Tuan Guru Sheikh Haji Abdullah Fahim pernah dilantik sebagai ahli lembaga Masjid al-Haram .Sewaktu berada di Mekah, Tuan Guru Sheikh Haji Abdullah Fahim mengambil kesempatan mempelajari ilmu politik Islam dan antarabangsa.Beliau mempunyai kelulusan dalam lebih daripada 15 bidang ilmu Islam.Kemahiran utama Tuan Guru Sheikh Haji Abdullah Fahim adalah dalam bidang ilmu falak dan kesusasteraan Arab. Selain itu, Tuan Guru Haji Abdullah Fahim juga memiliki semangat jihad yang tinggi dan pernah menyertai gerakan Islam di negara Arab untuk menentang penjajahan Yahudi,Inggeris,Perancis dan Amerika Syarikat.Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis Melayu yang pernah tinggal di Mekah.Hasil perkongsian hidup itu, beliau dianugerahi dua cahaya mata iaitu Ahmad Ghazali dan Ahmad yang kemudiannya dikenali di Malaysia dengan nama Ahmad Badawi, iaitu bapa kepada Y.A.bhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia. Pada tahun 1925, Tuan Guru Haji Abdullah Fahim kembali semula ke kampungnya di Kepala Batas, Pulau Pinang.Sekembalinya beliau meneruskan usaha untuk mengajar agama kepada pelajar tempatan di anjung rumah pusakanya di situ.Sesudah beberapa tahun di Perak, Sheikh Abdullah Fahim kembali ke Pulau Pinang dan meneruskan semula kuliah agamanya di Masjid Kepala Batas sementara menunggu siapnya sekolah agama yang baru didirikan dan dikenali sebagai Daeratul Maarif al-Wataniah (DMW). Beliau meninggal dunia pada 27 April 1961 ketika usia 90 tahun.

        Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
        Masjid Abdullah Fahim dinamakan sempena nama tokoh ulama' yang terkenal suatu masa dahulu.

        Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
        Masjid Abdullah Fahim dinamakan sempena nama tokoh ulama' yang terkenal suatu masa dahulu.

        Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

          Kecemerlangan Malaysia Dalam Kejuruteraan Awam

          $
          0
          0
          Assalamualaikum w.b.t

          Saya salin dan tampal berita ini dari BERNAMA kerana merasa berbangga dengan pengiktirafan yang diterima oleh Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB). Lebih membuatkan saya teruja adalah terdapat ahli pasukan projek yang saya kenali. Tahniah buat semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini.

          Sumber: @HalizaTV3London

          Berita ini ditulis oleh Ismail Amsyar Mohd Said

          LONDON, 10 Okt (Bernama) -- Malaysia, melalui Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), telah mengukir nama dalam 'Senarai Kemasyhuran Kejuruteraan Awam' selepas menjadi negara pertama dari Asia Tenggara dan negara ketiga di luar United Kingdom diberi penghormatan dengan anugerah berprestij Pingat Brunel.

          JKSB, dimiliki sepenuhnya Menteri Kewangan Diperbadankan dan pemegang konsesi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS), dipilih oleh Institut Jurutera Awam (ICE), UK, berikutan kecemerlangannya dalam kejuruteraan awam bagi projek Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang siap tahun lepas.

          Pengarah Urusan JKSB, Datuk Ir. Dr Ismail Mohamed Taib berkata, Malaysia adalah negara ketiga menerima anugerah itu selepas Korea Selatan dan New Zeland sejak Pingat Brunel diperkenal pada 1995.

          "Kami sangat berbangga untuk menerima anugerah ini kerana ia mengiktiraf kecemerlangan kejuruteraan awam, pencapaian dan sumbangan kepada profesion itu serta Institut Jurutera Awam," katanya pada majlis penyampaian anugerah itu di ICE di sini pada Jumaat.

          Ismail juga berkata, anugerah Pingat Brunel itu adalah pengiktirafan ketiga diberikan kepada pemegang konsesi Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang mempromosi kelestarian dalam pembinaan dan operasi dengan kualiti tertinggi.

          Anugerah antarabangsa pertama ialah Green Apple Award 2013 di UK dan yang kedua Anugerah Bintang Antarabangsa Untuk Kualiti di Geneva pada 2014, katanya.

          Presiden ICE, Profesor David Balmforth menyampaikan anugerah itu kepada Pengerusi JKSB, Datuk Seri Ir. Mohd Noor Yaacob. Ketua Pegawai Kewangan JKSB, Darwis Abdul Razak dan perunding projek, Dr Robin Sham dari AECOM turut hadir.

          Pingat Brunel mengiktiraf kecemerlangan dalam kejuruteraan awam di bawah kategori 'Hadiah Mempromosi Institusi dan Profesion Kejuruteraan Awam'.

          Pengarah Kejuruteraan Pengetahuan ICE, Nathan Baker memberitahu pemberita yang Pingat Brunel adalah anugerah kecemerlangan kejuruteraan yang sangat berprestij.

          "Ia adalah satu anugerah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Anda perlu mencapai standard tertinggi untuk mendapatkannya. Anda perlu melalui proses penilaian sebaya yang sangat ketat dan mendapat anugerah itu memang amat berprestij.

          "Ia sebenarnya mengenai memahami kecemerlangan dalam kejuruteraan berbanding kecemerlangan dalam bidang tertentu. Anuegerah itu diberikan kepada yang terbaik di dunia," katanya.

          Baker berkata, anugerah tahunan itu menimbang beberapa projek dalam sfera yang lebih luas kejuruteraan awam, termasuk jambatan, empangan dan jalan kereta api.

          Sementara itu, ICE dalam satu kenyataan, memuji Jabatan Kedua Pulau Pinang dengan berkata, projek itu menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di Malaysia.

          Menurutnya, jambatan yang berdaya tahan seismik dan tsunami itu akan dapat menyelamatkan banyak nyawa pada masa depan kerana terletak di rantau yang cenderung berlaku bencana alam.

          Jambatan itu, yang terpanjang merentasi laut dalam sejarah pembinaan jambatan mutakhir ini, adalah projek kejuruteraan awam yang boleh dijadikan contoh, mengatasi banyak cabaran reka bentuk dan pembinaan, kata institut berkenaan.

          Projek sepanjang 24 kilometer itu menjadi perintis penggunaan beberapa kaedah inovatif dalam reka bentuk dan pembinaan, termasuk perancangan ketahanan, pengekosan kitaran hayat dan pengurangan jejak karbon, yang mengukuhkan semua aspek projek, katanya.

          -- BERNAMA





            Bermulanya Perjalanan Bersama Tupperware Brands

            $
            0
            0
            Assalamualaikum w.b.t

            Dulu bila mendengar rakan-rakan mempromosikan produk tupperware selalu terfikir "awat la barang tupperware ni mahal sangat, plastik je pun". Tengok katalog pun sekali imbas je, cantik dan menarik tapi bila tengok harga terus letak balik. Pernah berhasrat untuk belikan alif eco bottle yang ada porch sekali, mudah untuk bawa air kosong ke sekolah. Lima enam kali jugak le fikir tapi tak beli pun, baik beli di kedai dua ringgit ataupun di Happy Home berganda-ganda murahnya. Itulah saya yang dulu.



            Bulan puasa lepas masa belek-belek katalog tupperwara rakan pejabat terus jatuh cinta dengan Modular Essential Mates Set warna hitam putih, sesuai sangat dengan tema warna dapur. Lagipun masa tu kan dapat bonus, kiranya tahu ke mana duit itu dihabiskan. Dapat pulak percuma FreezerMate 250ml 2 biji, seronok sangat le. Bila gunakan bekas-bekas tu baru sedar kenapa harga produk tupperware mahal, kiranya kalah membeli menang memakai. Sejak itu saya berazam untuk membeli dan menggunakan barangan tupperware sepenuhnya tapi kena beli secara berdikit-dikit.


            Minggu kedua syawal akan diadakan jamuan hari raya tsdu dan setiap lorong wajib menyediakan hadiah untuk cabutan bertuah. Setelah dibuat undian, majoriti mommies lorong 14 bersetuju supaya barangan tupperware dijadikan hadiah dengan harapan salah seorang dari kami akan dapat dan saya menawarkan diri untuk pergi membelinya.

            ~Barangan yang diborong mengunakan kad keahlian sendiri~
            Dengan hasrat untuk membeli menggunakan kad ahli rakan sepejabat, buat pertama kalinya saya melangkah masuk ke dalam kedai stokis di Mergong. Apabila berada di dalam kedai tersebut saya mula rambang mata dengan produk-produk yang dipamerkan. Barulah saya sedar kenapa tupperware mempunyai peminatnya yang tersendiri. Jadi dengan begitu teruja saya menyatakan hasrat untuk menjadi ahli dan apabila nama dimasukkan dalam sistem rupanya saya adalah ahli tupperware dengan status "DROP". 

            Masa itu baru teringat bahawa adik ipar pernah mendaftarkan nama saya sebagai ahli di Ipoh, Perak. Tapi saya tidak pernah ambil tahu dan ambil peduli. Kalau tidak mesti sekarang ini saya sudah memiliki banyak koleksi barangan tupperware. Tidak perlu berasa kesal kerana Allah S.W.T Maha Mengetahui bila masa terbaik bagi hambaNya untuk memperolehi dan mendapatkan sesuatu perkara itu. Pasti ada hikmah disebaliknya.

            Saya akan kongsikan kelebihan dan keuntungan yang boleh diperolehi dengan menjadi AHLI TUPPERWARE BRAND di entri lain.



              Hitam Putih Dapurku Sayang

              $
              0
              0





              Saya tidak pernah memikirkan konsep atau warna dapur impian kerana cukuplah sekadar mempunyai ruang memasak yang selesa untuk menyediakan hidangan buat keluarga tercinta dan tetamu yang berkunjung ke rumah. Warna kabinet dicadangkan oleh kontraktor dan setelah berbincang serta membuat rujukan diinternet kami pun bersetuju. Apabila siapnya dapur ini dan kami tinggal di rumah ini barulah saya terfikir mengenai tema untuk sesuatu ruang dan untuk bahagian dapur saya memilih hitam putih sebagai warna utama dan akan ditambah elemen bewarna merah untuk menaikkan lagi bahagian ini. 

              Gambar-gambar di atas diambil sebelum saya menjadi ahli tupperware jadi memang tak nampak le bayang tupperware masa tu. Saya ni jenis tak kreatif dan tak pandai berdekorasi jadi foto setiap ruang rumah akan sentiasa ada dalam handphone. Mudah bila nak beli barang hiasan, tunjuk kat orang kedai dan tanya apa yang sesuai. Kalau ada rezeki kedai tu saya akan beli kalau tidak cuma ucapkan terima kasih aje lah.




                Inspirasi Kisah Katak Pekak

                $
                0
                0
                Assalamualaikum w.b.t

                Pasti ramai yang dah baca atau dengar kisah "si katak yang pekak". Kisah yang dijadikan inspirasi pada ramai orang-orang yang berjaya. 

                Begini kisahnya:

                "Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil yang ingin beradu kekuatan berlumba. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan itu dan memberikan semangat kepada para peserta.

                Maka perlumbaan pun bermula.

                Secara jujur, tidak satu pun penonton yang benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan bisa mencapai puncak menara. Terdengar suara, “Oh, jalannya terlalu sulitttt!! Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak” dan “Tidak ada kesempatan untuk berhasil. Menaranya terlalu tinggi!

                Katak-katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu. Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi dan semakin tinggi. Penonton terus bersorak, “Terlalu sulit!!! Tak seorangpun akan berhasil!”

                Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah.

                Tapi ada SEEKOR KATAK sahaja yang melanjutkan pandakiannya hingga semakin tinggi dan tinggi. Dia belum menyerah! Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali katak yang satu itu. Katak kecil yang satu itu telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak.

                SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini bisa melakukannya? Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan? Ternyata, katak yang menjadi pemenang itu SEBENARNYA PEKAK. Dia tidak bisa mendengar semua cemuhan dan perkataan negatif dari sekelilingnya."

                Sumber: https://nizammatsaari.wordpress.com/2010/03/18/sang-katak-yang-pekak/


                Kenapa saya kongsikan kisah si katak ini ???

                Pertama, terinspirasi dari kisah seorang teman sefakulti dulu, kami berlainan course tapi saling mengenali antara satu sama lain. Beliau bergelar Group Agnecy Manager ketika usia yang muda dalam bidang yang berlainan daripada ijazah yang diperolehinya. Beliau menjadikan kisah katak pekak antara catatan pejalanan kejayaannya.

                Kedua, baru-baru ini semasa berada di stokis tupperware seorang wanita datang untuk membeli produk. Petugas dikaunter memaklumkan wanita tersebut sudah lama bergelar DIRECTOR TUPPERWARE. Wanita itu dengan lantang mengatakan "tak payahlah jadi director, susah bukan dapat apa-apa pun, kerja teruk dan tak berbaloi buat penat je". Tersentap saya mendengarnya dan semangat goyah seketika. Malam itu saya berfikir dan terus berfikir dan teringatkan kisah si katak yang pekak. Apa yang dikatakan oleh wanita itu tidak perlu diambil peduli kerana perkataan tidak selari dengan perbuatan, banyak juga barangan tupperware yang dibelinya pada hari tersebut.

                Kesimpulannya saya perlu teruskan perjuangan demi sebuah impian.



                  RnR Tak Bertanda

                  $
                  0
                  0

                  Nukilan: A J Nuruddin Nuruddin
                  >
                  >
                  >
                  Aku rasa nak buang air kecil... Tapi dah terlepas dr kawasan rehat dan rawat Tikam Batu.

                  Urmmm!!! Macam mana ni. Dah tak tahan. Jam plak dah pukul 9.00 mlm.

                  Berhenti sat la kat plaza tol Sg Dua.
                  .
                  .
                  .
                  Dah berhenti terasa lapaq la plak.

                  Start enjin keta nak teruskan perjalanan... Aik! Lampu minyak plak berkelip-kelip.

                  Nak kena tambah minyak la.

                  Perjalanan nak menuju KL jauh lagi.

                  Nak singgah RnR Juru pun jauh lagi.
                  .
                  .
                  .
                  Anak dgn isteri yg terlena terjaga.

                  Mengadu plak lapar.

                  Hurm...
                  .
                  .
                  .
                  Pelan-pelan kuar ikut susur 165 exit Sg Dua.

                  Tak pernah singgah pun sebelum ni.

                  Lalu macam tu saja...
                  .
                  .
                  .
                  Tak jauh dari susur keluar dah ada kedai makan. Tapi saja tak singgah sebab cari stesen minyak dulu.

                  Terus dlm 500 meter, jumpa Petron. Isi minyak dan cari parking.

                  Selamat ada parking...
                  .
                  .
                  .
                  Nak jalan pi kedai yg awal tadi terasa jauh.

                  "Abg, tunggu sat... Ayang nak tengok jubah ni."

                  Pulak dah... Tadi punya la lapaq dan mengantuk.

                  Tapi nmpk jubah kat Sabrina Fashionstudio tu, bleh luas plak biji mata.

                  Ikut la...

                  Mujuq ada cafe kat sebelah butik tu.

                  Jadi biaq la bini pi masuk butik, aku lepak ja kat cafe sebelah tu.
                  .
                  .
                  .
                  Order ayaq... Tanya apa yg sedap?

                  Budak yg jaga tu kata Hazelnut Coffee.

                  Ok. Bleh.

                  "Abg nak dlm cawan ka plastik?"

                  "Minum sini. Dalam cawan la..." Aku jawab.

                  "Makan apa abg?"

                  "Bagi yg ringan-ringan dah la..."

                  "Bihun kuah laksa ka... Moii Sambal Pekak?"

                  "Bihun kuah laksa..."
                  .
                  .
                  .
                  Mak aiii... Sekali dia bawa mai ayaq satu cawan besaq. Baru tadi aku buang ayaq...

                  Ni masuk plak secawan besaq. Pakai bawa balik la...
                  .
                  .
                  .
                  Dekat setengah jam tunggu bini shopping.

                  Merenyeh (senyum panjang) ja dia. Anak-anak ikut sekali.

                  "Beli apa?" Aku tanya.

                  "Neelofa satu ngan TDL satu... Nak beli Nora Danish, duit tak cukup..." jawab bini.

                  "Abah... Lapaq." Anak plak menyampuk.

                  Order la moii sambal pekak utk depa share ngan bini.

                  Ayaq ambik choco milk satu cawan.
                  .
                  .
                  .
                  La tak cukup semangkuk moii... Depa minta tambah lagi dalam pedas-pedas tu.

                  Selesai makan, terus nak gerak.

                  Dekat sejam gak berhenti kat situ.

                  Baru kuaq cafe... Bini nmpk plak kedai frozen.

                  Dia masuk plak dah...

                  Borong plak kuih kasturi, capati ngan karipap frozen.

                  Senang katanya... Esok goreng ja.
                  .
                  .
                  .
                  Depa senang la hati... Aku la plak nak kena drive sorang-sorang sampai KL lepas ni.

                  Depa tidoq lena la sbb dah kenyang... Dapat apa yg depa nak.
                  .
                  .
                  .
                  Nota: cafe tu nama C'Tea Talk Cafe... Frozen, Rizqin Rayyan.

                  Klu hgpa ad area situ, pastikan singgah tau.





                    Program Masak Bubur Asyura Taman Sg Dua Utama Fasa 2

                    $
                    0
                    0
                    Assalamualaikum w.b.t

                    Hari ini terbukti lagi keutuhan semangat kejiranan taman sungai dua utama Fasa 2, program memasak bubur asyura telah berjaya diadakan. Walaupun tidak dapat turut serta kerana komitmen kerja, kemeriahan turut dapat dirasai melalui massage dan gambar-gambar yang dikongsikan di group whatssap. Perancangan yang singkat dan berjaya dilaksanakan benar-benar memberi kepuasan kepada semua yang terlibat. Bahan-bahan disediakan secara sumbangan bersama dimana senarai bahan yang diperlukan dikongsi di group dan setiap orang secara sukarela menyediakan bahan yang menjali pilihan. Ada juga tetang yang memberi sumbangan secara tunai, semoga Allah memurahkan rezeki jiran tetangga saya.


                    Program bermula jam 8.00 pagi dengan bersarapan beramai-ramai di Pondok Seri Embun, diikuti dengan dengan aktiviti memasak bubur asyura dan diakhiri dengan majlis makan tengahari yang disediakan secara potluck. Semuanya dilakukan secara gotong royong bermula dari persiapan tempat sehinggalah kerja-kerja mengemas dan membuka semula khemah untuk dipulangkan ke surau. 



                    Saya yakin pasti akan ada lagi program-program yang dijalankan dari masa ke semasa demi untuk mengukuhkan semangat kejiranan kami. Semoga ukhwah yang terjalin akan berkekalan dan mendapat keredhaan Yang Maha Esa. Syukur pada Mu Ya Allah, alhamdulillah. Jiran sepakat membawa berkat.



                      Trendy Hijab Fashion 2015

                      $
                      0
                      0

                      Assalamualaikum w.b.t

                      Bila dah spesis malas mengadap cermin lama-lama pasti akan mencari tudung yang mudah pakai. Dari bawal bertukar ke tudung jenis awning dan terbaru menggayakan shawl yang menjadi trend terkini. 
                      Sebab utama shawl menjadi pilihan ramai adalah kerana ia boleh digayakan dengan pelbagai cara dan lebih praktikal. Cara penggayaan shawl juga adalah terpulang kepada kreativiti sendiri. 

                      Masa mula mengenakan tudung shawl dulu gagahkan diri mengadap cermin lelama gara-gara nak kelihatan cantik dan bergaya. Orang kata senang je nak lilit tapi saya ni jenis tangan keras, macam mana lilit pun jadi tak berapa nak elok. Kerap kali buat rujukan di youtube kadang-kadang ok tapi selalunya tak menjadi. 
                      Tapi kini dengan adanya trend hijab terkini untuk tahun 2015, tudung jenis instant shawl menjadi pilihan saya. Ia direka untuk memudahkan lagi para pemakai untuk memakainya dan ia amatlah praktikal. Hanya sarungkan di kepala dan siap! Tiada penggunaan sebarang brooch atau jarum yang diperlukan.  Senangkan!!!!

                      Sekarang ini instant shawl mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan terdapat pelbagai rekaan instant shawl yang boleh ditemui dalam pasaran. Dengan adanya trend HIJAB FASHION 2015 segalanya menjadi mudah, pelbagai pilihan stail tudung terkini dan mudah pakai yang boleh diperolehi.

                      Secara amnya tiada panduan tetap mengenai stail dan warna yang paling sesuai untuk dipakai, bergantung kepada pilihan kita sendiri. Bercorak atau tidak bercorak, yang penting harus bijak memadankan dengan pakaian pilihan anda. Sebagai contoh, jika pakaian tersebut tidak bercorak, gayakan dengan tudung bercorak dan jika pakaian bercorak, pilihan tudung kosong adalah yang paling sesuai. Untuk kelihatan lebih berani kita boleh memilih colour blocking. 

                      Tepuk dada tanya hati, pilihan terletak dalam diri kita sendiri.

                       

                      Jiran dan Kejiranan

                      $
                      0
                      0

                      Assalamualaikum w.b.t
                      Jiran iaitu mereka yang tinggal berhampiran dengan kediaman kita. Dalam Islam, kawasan kejiranan meliputi mereka yang berada dalam jarak 40 buah rumah dari semua sudut rumah kita. Ini bermakna jiran bukanlah mereka yang tinggal bersebelahan rumah kita sahaja, tetapi ia meliputi seluruh kawasan kediaman kita sama ada di kawasan taman atau kampung atau rumah pangsa.

                      Kejiranan merupakan suatu aspek yang penting yang perlu diberi perhatian oleh semua orang Islam. Ini kerana, sebagai seorang manusia, kita tidak hidup keseorangan, tetapi kita saling bergantung antara satu sama lain. Yang kaya memerlukan yang miskin, manakala yang miskin pun memerlukan kepada mereka yang kaya. Konsep kejiranan ini sangat ditekankan di dalam Islam kerana ia termasuk dalam salah satu dari tanda beriman kepada Allah S.A.W. 

                      Rasulullah S.A.W bersabda:

                      من كان يؤمن بالله واليوم الأخر فلا يؤذي جاره

                      Sesiapa yang beriman dengan hari akhirat, maka janganlah ia menyakiti jirannya.


                      Malah, dalam satu sabda Rasulullah S.A.W yang lain, baginda menegaskan bahawa kejiranan ialah kriteria utama yang perlu dinilai sebelum kita memilih lokasi untuk membina rumah sebagai mana saba Baginda SAW (الجار قبل الدار) iaitu pilihlah jiran sebelum kamu membina rumah.


                      Sungguh pun realiti masa kini, keadaan memaksa untuk kita memilih kediaman berdasarkan kepada lokasi tetapi keadaan jiran perlu diambil kira. Mesej yang ingin disampaikan di dalam hadis ini ialah agar kita meletakkan kejiranan sebagai aspek yang sangat penting. Ini kerana, kebahagiaan kehidupan seseorang itu pun bergantung kepada suasana kejiranan. Kehidupan kita akan kurang selesa apabila mempunyai jiran yang suka menyakiti jirannya. 

                      Bersama-samalah kita berdoa agar dikurniakan jiran yang saling hormat-menghormati agar kerukunan serta keharmonian kawasan kejiranan kita terjaga. 



                        Bubur Asyura

                        $
                        0
                        0

                        Assalamualaikum w.b.t
                         
                        Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha.

                        Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura.

                        Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).

                        Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Kononnya, selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.

                        Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).

                        Tahun ini 10 Muharam bersamaan 23 Oktober 2015 iaitu pada hari jumaat. Bersamalah kita manfaat peluang yang ada tatkala kita berkeupayaan melakukan amal ini. 


                          Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Sunat Asyura

                          $
                          0
                          0

                          Assalamualaikum w.b.t
                          Hari ‘Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah S.A.W telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari ini kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram itu sendiri.10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama iaitu pada hari inilah nabi Musa dan pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah daripada musuh mereka.

                          Pada hari ini juga tercatat peristiwa pahit dalam sejarah Islam iaitu pembunuhan kejam ke atas tubuh yang mulia Sayyidina Husin yang merupakan cucu kesayangan Rasulullah S.A.W di bumi Karbala. Pembunuhan yang kejam ini dilakukan oleh Syiah Kuffah bukannya oleh tentera Yazid bin Mu’awiyah sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak. Walaupun adanya mazhab Syiah yang menyatakan bahawa pada hari ini tidak boleh berpuasa kerana kita semua mesti bersedih dengan pembunuhan Sayyidina Hussin pada 10 Muharram. Kita jawab balik kepada pendapat mereka bahawa kita semua disunatkan berpuasa pada setiap hari Isnin sedangkan pada hari Isnin merupakan hari kewafatan junjungan besar Muhammad S.A.W yang lebih besar kesedihannya tetapi kita semua tetap berpuasa sunat pada hari tersebut. Insya Allah kita akan kupas mengenai peristiwa Karbala ini dalam ruangan khas pada keluaran akan datang.

                          Disini dibawa beberapa hadis yang sohih mengenai kelebihan berpuasa pada 10 Muharram yang dikenali sebagai hari ‘Asyura.

                          Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Apabila Rasulullah S.A.W tiba di Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari kesepuluh (Muharram) maka baginda bertanya yang bermaksud : Apakah ini?. Maka jawab mereka : Ini merupakan hari yang baik yang mana pada hari inilah Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda S.A.W : Maka aku lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada hari ini. Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini. (Telah dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

                          Daripada Abdullah bin Ma’bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi s.A.W telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari ‘Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya. (Diriwayatkan oleh imam Tarmizi)

                          Daripada Ibnu Shihab daripada Hamid bin Abdul Rahman bahawa dia telah mendengar Mu’awiyah bin Abu Sufian berucap pada hari ‘Asyura tahun haji di atas mimbar : Wahai penduduk Madinah! Dimanakah ulama’ kamu? Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Ini adalah hari ‘Asyura dan Allah tidak mewajibkan ke atas kamu berpuasa. Aku berpuasa (pada hari ini) maka sesiapa yang mahu berpuasa berpuasalah dan sesiapa yang mahu (berbuka) maka berbukalah. (Dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
                           
                          Hadis ini menjelaskan kepada kita berkenaan dengan kelebihan berpuasa pada hari ‘Asyura. Ulama’ juga berpesan agar kita turut berpuasa pada hari kesembilan Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari kesepuluh Muharram.Yahudi berpuasa pada hari tersebut kerana pada 10 Muharamlah nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya yang zalim. Hukum berpuasa pada hari ini adalah disunatkan bukannya satu kewajipan. Siapa yang mahu berpuasa maka bolehlah berbuat demikian dan ganjaran yang besar dijanjikan kepada mereka yang berpuasa pada hari ini iaitu diampuni segala dosanya pada tahun-tahun yang lalu.Semoga kita dapat menggunakan segala peluang yang ada untuk menambahkan amalan sebagai bekalan di akhirat nanti.


                          Niat Puasa Bulan Muharram (Puasa ’Asyura)

                          نويت صوم عشر سنة لله تعالى

                          NAWAITU SAUMA ‘ASYURA LILLAHI TA’ALA

                          Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”




                          Sumber : artikel @  Islam Itu Indah Dot My





                            Tupperware Brands EduPlan

                            $
                            0
                            0

                            Assalamualaikum w.b.t
                            Tak ada beban batu digalas.... itulah yang berlaku pada saya sekarang. Semalam dari pejabat terus ke MIMYA Enterprise, stokis Tupperware Brands Mergong, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Tujuan nak ambil Rice Smart dan bersembang dengan Kak Romlah. Sekarang ini goyah sikit untuk teruskan perjuangan dalam tupperware disebabkan oleh kekangan masa. Maklum le hujung tahun, inilah masa kena pergi kursus, bengkel, mesyuarat dan lagi best nak kena perabiskan peruntukan tahun semasa. 

                            Melangkah sahaja masuk ke dalam kedai terus Kak Romlah ajak join Tupperware Brands EduPlan. Katanya perlu key-in selewat-lewatnya pada 25 Oktober 2015. Setelah mendengar penerangan panjang lebar dan dan segala persoalan dapat dirungkaikan, terus isi borang dengan rela hati. Satu perjalanan yang sukar dengan baki masa 1 bulan 10 hari sahaja. Bedasarkan pertimbangan akal yang waras, jika berusaha bersungguh-sungguh, fokus dan ada strategi yang betul pasti kejayaan mampu dicapai. Lagipun kalau gagal rasanya tak rugi apa-apa cuma mungkin rasa kecewa je.  

                            Apa yang perlu saya lakukan dalam tempoh yang singkat ini???

                            1. Sebelum 31 Oktober 2015
                            • Personal sales RM500 ~ done
                            • Recruit 4 orang ahli
                            • Team sales RM3000

                            2. Sebelum 30 November 2015
                            • Personal sales RM500
                            • Recruit Total 15 Orang
                            • Team sales RM 14000


                            Saya perlu capai target diatas untuk bergelar Director dan melayakkan saya untuk turut serta dalam Tupperware Brands EduPlan.

                            Eduplan ini pada saya adalah merupakan Gant Chart yang perlu dipatuhi oleh Director yang berminat untuk turut serta. Setiap 3 bulan ada sasaran yang perlu dicapai dan jika berjaya imbuhan yang sangat lumayan menanti. RM10,000 dalam tempoh 9 bulan, nampak macam mudah tapi sukar sebenarnya. Jika strategi tidak disusun dengan yang baik serta tiada kesungguhan pasti ianya tidak akan berjaya.

                            Masa mula-mula join tupperware dulu tak terfikir pun ini semua. Alhamdulillah Allah bukakan minda saya untuk memanfaatkan peluang yang ada. Semoga saya akan terus istiqimah untuk terus berjuang dalam Tupperware Brands. Jika anda berminat untuk turut serta bersama saya boleh whatsapp 017-458 8559 atau email yahhmohd@yahoo.com.

                            Saya tidak menjanjikan apa-apa cuma kita boleh bersama-sama melangkah untuk menuju kejayaan. Jika orang lain boleh kenapa kita tidak dan ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.



                              Projek Homestay Di Bertam Perdana

                              $
                              0
                              0
                              Assalamualaikum w.b.t

                              Alhamdulillah kerja-kerja menyiapkan projek homestay di Bertam Perdana berjalan lancar. In Shaa Allah perabut akan dibawa masuk pada minggu hadapan dan akan mula beroperasi pada minggu kedua bulan November 2015. Kami masih belum mendapatkan nama yang sesuai untuk homestay ini, ada dua ke tiga nama yang difikirkan tapi sudah pemiliknya. Kiranya homestay tidak bernama dibuka untuk tempahan. Harga istimewa ditawarkan sepanjang bulan November dan sebagai pelanggan pertama pelanggan pertama anda akan diberikan hadiah misteri.



                              Lokasi
                              No 20, Lorong Bentara 15, 
                              Bertam Perdana 3,
                              Kepala Batas, Pulau Pinang


                              Kelengkapan yang disediakan  
                              • 2 bilik tidur (katil dan tilam saiz queen baru) 
                              • Rak beserta penyangkut baju di setiap bilik
                              • Cermin di setiap bilik 
                              • Kipas siling di ruang tamu, ruang makan, bilik 1 dan bilik 2
                              • Penghawa dingin di bilik 1 
                              • 2 bilik air 
                              • Sofa 
                              • Tv flat skrin 32’ 
                              • Astro njoy 
                              • Meja makan 
                              • Seterika dan papan seterika 
                              • Peti sejuk 
                              • Cerek elektrik 
                              • Pinggan mangkuk 
                              • Cawan, sudu
                              • Tempat letak kereta separa berbumbung

                              Petunjuk Arah:
                              • Ikut kiri selepas tol bertam. Ikut kiri selepas masjid Abdullah Fahim.

                              Kawasan berhampiran

                              5-10 minit masa perjalanan
                              • MRSM kepala batas, P.Pinang
                              • Sek. Men Sains Kepala batas
                              • ILP Kepala batas
                              • AUCMS kepala Batas, P.Pinang
                              • Uitm Kepala Batas
                              • IPPT , USM Kepala Batas  
                              • Kolej Kejururawatan (Pembinaan hampir siap) 
                              • Institut Kemahiran MARA (Pembinaan hampir siap
                                Penang Golf Resort  
                              • Masjid Abdullah Fahim 
                              • Vision Park
                               
                              15-20 minit masa perjalanan
                              • Kolej matrikulasi Pongsu Seribu, P.Pinang
                              • Kolej Komuniti Kepala Batas
                              • Hospital Kepala Batas
                              • Pejabat Kerajaan  
                              • Kompleks Dato' Kailan
                              • Dewan Millenium


                              20-25 minit masa perjalanan
                              • Uitm Permatang Pauh
                              • Politeknik Seberang Prai   
                              • Mee Udang Sg. Dua

                              30 minit masa perjalanan
                              • Hospital Seberang jaya  
                              • Masjid Seberang Jaya 
                              • Jambatan Pulau Pinang  
                              • Hospital KPJ 
                              • Hospital Pakar Bagan


                              Kemudahan:
                              • Bank,Sunshine shopping kompleks, KFC, Mc Donald, Pizza Hut dan sbgnya.
                              • Berdekatan dengan pelbagai restoran dan kedai makan.
                              •  Berdekatan dengan bank Rakyat, Maybank, Bank Islam, Cimb

                              Daftar Masuk : 2:30 petang
                              Daftar Keluar :12.00 tengahari
                               

                              Kadar Harga: 
                              RM 110 (Promosi November 2015) 
                              ~ Penginapan mulai 7 November 2015 - 30 November 2015
                                          
                              Untuk tempahan hubungi (pm/whatsapp) 
                              Pn. Sham 017-458 8559 @ En. Zul 012-416 2616




                                Pantai Pasir Tengkorak, Langkawi

                                $
                                0
                                0
                                Assalamualaikum w.b.t
                                Sebelum ini saya tidak pernah tahu akan kewujudan Pantai Pasir Tengkorak di Langkawi sehinggalah diarahkan untuk membuat pemeriksaan kerja-kerja pemasangan pagar di tempat tumpuan pelancong itu. Biasanya kalau bercuti di Langkawi saya akan menikmati keindahan pantai cenang dan melakukan aktiviti-aktiviti pantai yang disediakan.


                                Pertama kali melangkah masuk ke kawasan perkelahan ini saya terpegun dengan kejernihan air lautnya sehingga membuatkan saya teruja untuk terjun. Tapi apakan daya waktu itu sedang bertugas dan datang bersama rakan sepejabat dan kakitangan pejabat renj. Langkawi. Pantai ini terletak dalam kawasan hutan simpan Gunung Mat Chincang dan dibawah bidang kuasa Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.


                                Pantainya yang landai, putih dan halus serta air laut yang hijau mengadap Laut Andaman memang menjadi tempat terbaik untuk dikunjungi. Kepulauan Siam jelas kelihatan memberi satu pemandangan yang indah. Kemudahan bilik mandi dan tandas serta tempat bbq memudahkan aktiviti perkelahan. Kelihatannya aktiviti berenang di sini amat menyeronokkan dan amat sesuai untuk berkelah bersama keluarga. 
                                 

                                Bagaimana Pantai Pasir Tengkorak mendapat nama? ikuti kisah yang dipetik daripada manuskrip lama.

                                Satu lagenda tempatan menceritakan perihal raksasa laut atau air pusar yang telah menenggelamkan banyak kapal dan mencampakkan tengkorak mangsa ke pantai ini.

                                Menurut satu lagi lagenda, satu pertempuran yang hebat di antara burung garuda dan jentayu berlaku di pulau berhampiran mengakibatkan banyak nyawa yang terkorban. Jasad para pahlawan yang terkorban telah banyak ditemui di pantai ini.

                                Secara faktanya pula, pada suatu ketik dahulu , kira kira 1930 an terdapat sebuah penjara di pulau Tarutao. Walaupun ramai banduan yang cuba melarikan diri, ia sukar dilakukan kerana banyak jerung dan buaya berkeliaran di perairan ini pada masa lampau. Banduan yang gagal biasanya akan lemas atau dibaham jerung dan jasad mereka terdampar di pantai ini.

                                Perairan ini juga dahulunya amat digeruni kerana lanun-lanun yang sering merampas kapal perdangangan dan mencampak mangsa ke laut. setengah mangsa yang mati dihanyutkan arus dan terdampr di pantai ini. Oleh kerana tengkorak mangsa berselerakkan di pantai ini, maka dipanggil orang pantai Pasir Tengkorak. Mudah-mudahan mangsa yang terkubur disini aman tenteram seperti mana indahnya pantai ini.


                                Jadi kepada anda yang berkunjung ke Langkawi, cari ruang untuk menikmati keindahan Pantai Pasir Tengkorak ini. Walau apa pun sejarahnya, keindahan dan keunikannya amat memukau mata yang memandang. In Shaa Allah saya akan ke sini untuk menikmati masa berkualiti bersama keluarga.



                                  Potensi Diri

                                  Kelebihan Menjadi Ahli Tupperware

                                  $
                                  0
                                  0
                                  Assalamualaikum w.b.t

                                  Sepertimana yang dijanjikan dalam entri Kenapa Saya Memilih Tuperware Brands, hari ini saya akan terangkan kelebihan Menjadi Ahli.

                                  Jimat 25%
                                  • Sebagai ahli kita layak membeli barangan tupperwarebrands dengan potongan sebanyak 25% daripada harga retail yang tertera di katalog. Sekarang ini kebanyakan dealer/ahli akan jual dengan harga ahli termasuklah saya sendiri. Pada awalnya saya jual dengan harga 15% diskaun sahaja tapi memang sukar untuk menarik minat pembeli. Selepas diselidiki didapati pelanggan akan membeli jika harga ahli yang ditawarkan. Pada saya apa yang penting adalah sales points dan ada keuntungan lain yang akan saya perolehi.

                                  Untung Runcit, Komisen dan Bonus
                                  • Ini adalah sasaran saya, jika syarat yang ditetapkan dapat dipatuhi ahli akan dapat keuntungan, komisen dan bonus. Syaratnya mudah sahaja iaitu ada personal sales, ada team sales dan rekrut. Bonus sebanyak 5% akan diberikan jika kita membeli barangan nutrimetic, makanan kesihatan, sabun pencuci dan asian meal berjumlah RM300 bulan.

                                  Set Level
                                  • Set Level merupakan set/barang yang boleh dibeli apabila belian mencapai jumlah tertentu sepertimana yang tertera dalam katalog. Sebagai contoh Level 1: Harga RM 14.90 sahaja jika belian ketika itu berjumlah RM520.00. Ini yang paling saya suka dan untuk koleksi sendiri saya dapatkan di sini.

                                  Belian Dengan Belian (PWP)
                                  • Setiap bulan akan ada barangan yang dijual dengan harga diskaun lebih daripada 35% dan ini adalah keuntungan yang bukan ahli tidak tahu. Jika barangan PWP dijual dengan harga ahli, saya sudah mendapat keuntungan 10% dan jika dijadikan koleksi/kegunaan sendiri juga ianya amat berbaloi.

                                  Nett Item
                                  • Sesetengah item ada label nett pada tepi harga barangan yang ditawarkan. Item tersebut tidak layak diskaun walaupun kita bergelar ahli. Barangan ini tidak dikira dalam sales.

                                  Pengekalan Status Keahlian
                                  • Untuk mengekalkan status keahlian pembelian minima berjumlah RM600 setahun. Jumlah ini adalah berdasarkan kepada harga yang dinyatakan dalam katalog dan bukannya harga sebenar yang anda bayar kerana bayaran yang dibuat hanyalah 75% daripada harga yang tertera di katalog.
                                   
                                  ~ Barangan yang saya perolehi belian dengan belian ~

                                  ~ Level 1 ~

                                  Nota:
                                  Penjelasan lanjut boleh hubungi saya melalui email @ whatsapp pada no yang tertera di atas.

                                    Viewing all 168 articles
                                    Browse latest View live