Quantcast
Viewing all 168 articles
Browse latest View live

Program Penghijauan Cameron Highland 2015

Assalamualaikum w.b.t
Program Penghijauan Cameron Highland 2015 telah diadakan pada 28 Ogos 2015 bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Sebanyak 500 pokok Damar Minyak telah ditanam oleh kakitangan JPNK dan ahli Puspanita Negeri Kedah. Mula tu memang stress sebab tak boleh balik sg dua semasa cuti hujung minggu. Tapi bila melihat semangat yang ditunjukkan oleh para perserta terus jadi seronok. Kali ini terpaksa bawa ariq pergi sekali dan syukur alhamdulillah dia memberikan kerjasama yang amat baik sekali. Semoga pokok-pokok yang ditanam akan membesar dengan baik dan memberi manfaat kepada penduduk/ pelancong di Cameron Highland.




    Mana 1 pilihan hati

    Assalamualaikum w.b.t

    Pernah 1 petang Timbalan kata "dari jauh saya tau pn eng. yang mai", terus saya terdiam seketika. Manakan tidak pergi ke pejabat pakai sandal je, bila berjalan menghasilkan bunyi yang agak kuat. Sekarang ni lutut semakin sensitif, jika tersilap pakai kasut mau berminggu menahan sakit lutut. Lepas dengar kenyataan yang dikeluarkan, esoknya waktu tengahari terus pergi alor setar mall cari kasut. Masa berada di kedai Scholl memang rambang mata, berkenan pada kasut-kasut yang bertumit tapi tak berani nak ambil risiko. Akhirnya putuskan untuk tidak membeli kasut yang bertumit. Tapi lepas tu timbul pulak masalah pemilihan warna. Sebelum ni beli kasut yang bewarna hitam sahaja tetapi kali ni berkenan kat kasut berwarna merah, jadi apa lagi terus post kat group wasap and en. suami. Group classmate pompuan sarankan warna merah tapi en. suami kata warna hitam. Hihihihi duduk termenung sebentar di kedai tu, selepas beberapa ketika saya ambik kasut yang dipilih dan terus bayar dikaunter. Tak mau dah fikir lama-lama, buat pening kepala je. Dah le masa tu tak makan tengahari lagi. Jadi sekarang ini kalau berjalan tiada bunyi kasut dihasilkan.

    Image may be NSFW.
    Clik here to view.
    ~uoll pilih yang mana yea??~


      UPSR 2015




      Assalamualaikum w.b.t

      Selamat maju jaya kepada semua anak-anak yang sedang menduduki peperiksa UPSR 2015 bermula 8.9.2015 (Selasa) - 10.9.2015 (Khamis). Semoga dipermudahkan dan diberikan kelapngan hati dan minda yang cerdas bagi menjawab soalan-soalan yang diberikan. Semoga kejayaan akan muncul dan membanggakan ibu bapa.

        Hias Rumah

        Assalamualaikum w.b.t

        Sejak dua menjak ni suka baca blog pasal hias menghias @ dekorasi rumah. Minat bermula apabila buntu memikirkan setelah hampir setahun tinggal dirumah sendiri tapi suasana yang diidamkan masih belum diperolehi. Timbul rasa kecewa dengan diri sendiri sebab telah berhabisan sebelum pindah, tapi rumah tak jugak cantik. Adakah ianya berpunca dari tiada bakat seni kreatif dalam diri. Sudahnya tanya pak google idea-idea yang boleh diaplikasikan dan ditemukan dengan blog-blog yang banyak berkongsikan cara  menatarias rumah dan yang paling penting cara menyusunatur supaya rumah sentiasa nampak kemas dan tersusun. Alhamdulillah walaupun tak banyak tapi dapat le buat sikit-sikit. Cabaran paling besar adalah  hujung minggu sahaja di sini, jadi masa untuk mencantikkan rumah adalah terhad.  Kena terima hakikat apabila rumah ditinggalkan selama 4 hari dengan hero-hero je memang jadi tokang pecah le tiap kali balik pada petang khamis. Biasanya hari jumaat adalah hari untuk membersihkan rumah dan hari sabtu adalah bonding time bersama suami dan anak-anak. Tapi tak apa sikit-sikit kena buat juga hias menghias ni. Antara blog yang suka kunjungi adalah:



        Ini adalah antara hasil yang berjaya direalisasikan, biasa tapi amat bermakna.

        Image may be NSFW.
        Clik here to view.



          Resepi Kuih Cara Manis

          Assalamualaikum w.b.t

          Sejak makteh ajar buat kuih cara sendiri haritu seronok pulak rasanya. Tambah semangat bila anak-anak makan dengan begitu selera. Selain daripada adunan yang makteh ajarkan, saya juga mencuba resepi yang dikongsikan oleh sifu-sifu masakan saya dialam maya ini. Kali ini saya panjangkan resepi Ros Jintan Manis yang jauh merantau di Osaka, Jepun sana.


          RESEPI KUIH CARA MANIS
          Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

          Bahan-bahan
          • 2 1/2 cawan tepung gandum
          • 2 biji telur
          • 3 sudu besar gula
          • 1 sudu kecil garam
          • 3 1/2 cawan santan
          • sedikit pewarna hijau dan esen pandan ( ros gunakan esen coconut pandan yang warna hijau tu)
          • Untuk inti kuih cara - sedikit gula pasir
          ( kalau nak letak jus pandan pun boleh, kurankan kuantiti santan tu, jadikan 3 cawan santan, 1 /2 cawan jus pandan)

          Cara-cara
          1. Dengan menggunakan blender, kisar tepung gandum, gula, santan, garam, telur sehingga semuanya sebati, kemudian tuangkan ke dalam bekas adunan dan titikkan pewarna hijau dan esen pandan.
          2. Perap adunan selama 30 minit, panaskan acuan kuih cara, dan gliss acuan dengan minyak masak, curah kan adunan tapi jangan terlalu penuh, masukan sedikit gula sebagai inti, tutup acuan dengan tudung periuk dan biarkan beberapa minit.
          3. Angkat dengan lidi dan sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

          Kerja.. kerja...


          Assalamualaikum w.b.t

          Hari yang sangat sibuk dan kerja semakin bertambah. Alhamdulillah rasanya masih dalam kawalan lagi, harap-harap esok boleh siapkan semuanya dan takde kerja baru yang datang dalam sehari dua ni.

          Tupperware: Inspirasi Rekaan Pelengkap Aidil Adha

          Petua # 2 : Kurangkan Angin Dalam Badan

          Assalamualaikum w.b.t

          Pertama kali diserang demam urat seminggu sebelum pergi Cameron Highland. Sebenarnya tak sampai seminggu pun, perjalanan ke sana bermula hari khamis tapi pagi ahad sebelumnya demam dan sakit belakang, tak larat bangun dan terpaksa MC. Alhamdulillah keesokan harinya berupaya balik jugak ke Alor Setar walaupun masih belum sihat sepenuhnya. Nak pergi berurut makcik tu tak berkelapangan, tiap kali nak buat temujanji ada je pelanggan yang menanti. Lagipun masa agak terhad, jam 5.30 petang hingga 6.30 petang dan kalau dah ambik ariq di taska memang tak boleh le mama nak memanjakan diri. 

          Entah macam mana 1 malam tu teringat kat air halia yang arwah mak hidangkan semasa pantangkan alif 11 tahun lalu. Setiap pagi dan petang wajib minum air halia ni. Masa pantangkan yang lain-lain tu minum jugak tapi selalu ngelat, almaklum le pantang sendiri sebab emak dah pergi meninggalkan kami. Masa kat alor setar tu saya minum air rendaman halia sebab malas nak pasang gas, alhamdulillah pagi tu sakit belakang semakin berkurangan. Hari khamis balik ke sg dua, sementara menunggu kenderaan jabatan tiba mengambil kami dua beranak, sempat masak dan minum air rebusan halia + lada hitam. Alhamdulillah perjalanan ke Cameron Highland dan semua aktiviti yang dijalankan berjalan lancar dan badan pun rasa ringan je. 

          Semenjak itu, setiap kali balik ke sg dua saya akan buat dan minum air halia dan promote pada teman-teman yang mengadu sakit-sakit badan ni. Ye lah bila umur dah nak memncecah 4 series memang senang je penyakit nak datang. Mereka bagi nama air sammy lagi tu, hihihihi apa-apa je la yang penting kita perlu berusaha untuk sihat. Selebihnya serahkan kepada Yang Maha Esa kerana kesembuhan itu hanya milik Allah s.w.t. 




            Tempahan Kek Di Utara

            Assalamualaikum w.b.t

            Semenjak tinggal di kejiranan ini dan join group whatsapp mommies semuanya hanya di hujung jari terutamanya bab tempahan makanan. Kalau ada yang buka tempahan maka berjela le senarai mommies yang berminat. Kadang-kadang tu ikut sama tempah kalau tempahan tu boleh diperolehi ketika saya berada di sg dua. Sorang mommies ni mengusahakan homemade cake dan pastri dan biasanya akan buka tempahan set combo pada hari rabu. Memang tak berpeluang nak tempah tapi alhamdulillah minggu lepas boleh tumpang tempah sekali sebab hari tu cuti bawa aqil ke klinik gigi ada temujanji dengan doktor gigi. 

            Image may be NSFW.
            Clik here to view.
            RM 15 / pack
            Alhamdulillah kek yang dihasilkan memang kena dengan tekak kami dua beranak, in fact kek chocholate indulgence tu lebih sedap dari yang saya makan kat resepi rahsia. In Shaa Allah untuk harijadi aqil bulan oktober nanti nak tempah pada Mar. Kepada pengunjung MH yang berada di utara boleh le tempahan kek dari Mar, jiran setaman saya.





              Yes !!!! Makin bersemangat ni....

              Assalamualaikum w.b.t 

              Alhamdulillah, akhirnya pada 19.9.2015 dapat juga miliki Huddle XS 4G Mobile Hotspot ni. Lama sangat dah buat survey sebelum benar-benar yakin bahawa ianya bkan satu pembaziran. Di sg dua memang ada streamyx tapi di alor setar duk harapkan internet di pejabat sahaja. Sudah pasti kemudahan di pejabat adalah untuk kegunaan kerja pejabat sahaja, kalau untuk kegunaan peribadi kena le ada talian sendiri. Pada waktu malam biasanya lepas ariq tido dan selesaikan urusan rumah, mama memang kebosanan jadi layan je tv. Itupun rancangan TV3 je sebab di kuarters memang takde astro dan tiada remote control. 


              Berbalik pada cerita yes 4G ni, saya daftar masa ada event di Sunway Carnival baru-baru ini. Siapa sangka salesgirl yang saya jumpa tu adalah merupakan staff yes di Tesco Mergong. Pernah jumpa masa buat survey dulu, itulah janji Allah itu pasti jika rezeki itu milik kita walau dimanapun ia tetap akan menjadi milik kita. Begitu juga sebalik. Jadi kalau ada masalah nanti senang le saya nak rujuk, katanya bermula 1 Oktober ni beliau akan berpindah ke Yes Aman Central, lagi dekat le kalau nak cari.


              Tak boleh nak ulas pasal coverage di tandop lagi sebab tak sempat pun nak guna, alif ikut mama balik alor setar 3 hari jadi sibuk melayan dia je. Saya memilih pakej Super 78 dengan 9.5GB dan kontrak selama 2 tahun, harap-harap berbaloi dan yang lebih penting matlamat untuk menjana pendapatan sampingan akan menjadi kenyataan. Peringatan untuk diri sendiri, bil talian internet ini tidak boleh dibayar menggunakan wang gaji, so fikir-fikirkanlah. JIKA ADA KEMAHUAN PASTI ADA JALAN.  







                Liputan YES 4G

                 Assalamualaikum w.b.t

                Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana diizinkan sekali untuk sama-sama meraikan hari kemenangan umat islam. Kedah menetapkan cuti kelepasan am selama 2 hari iaitu khamis dan jumaat justeru kami yang berkhidmat di negeri jelapang padi ini dapat bercuti bersama keluarga selama 4 hari bermula hari khamis hingga ahad. Hb pula ambil cuti tahunan pada hari jumaat, jadi dapat le kami berada di kg selama hampir 4 hari. Yang pasti anak-anak adalah orang yang paling teruja dan gembira.

                Mama pun teruja sama sebab kali ini balik kg bersama YES Huddle XS, dapatlah update apa yang patut ketika waktu lapang. Malam jumaat selepas ariq lena terus on laptop dan huddle XS, malang sungguh kerana tiada liputan langsung di kawasan berkenaan. Keesokan harinya ketika menemani ibu mertua di Angsana Mall Ipoh, buat semakan di kiosk YES dan memang sah le tiada liputan langsung di Kg Bahagia Teluk Intan. Sedihkan... tak pe le memang takde rezeki dan yang pasti kalau dah berada di kg tak payah le berhajat nak berinternet bagai. Luangkan masa sepenuhnya bersama keluarga tercinta (ayat penyejuk hati).

                Minggu depan baru boleh review pasal liputan di tandop dan alor setar.


                Tupperware : Katalog Oktober 2015





































































                  Liputan YES 4G @ Tandop

                  Assalamualaikum w.b.t...

                  Alhamdulillah liputan YES 4G di kawasan tandop benar-benar tidak mengecewakan. Semoga dengan adanya kemudahan ini segala yang dirancang akan menjadi kenyataan. 
                  #terimakasihAllah


                    HARI INOVASI JKR MALAYSIA 2015


                    Hari Inovasi JKR Malaysia 2015 bertemakan " INOVASI DAN KREATIVITI TERAS KECEMERLANGAN " bakal dihadiri seramai 500 pegawai terdiri daripada kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulan pelaksana.


                    Program       : Hari Inovasi JKR Malaysia 2015
                    Tarikh           : 05 dan 06 Oktober 2015 ( Isnin dan Selasa )
                    Tempat         : Dewan Utama Hotel Tabung Haji, 
                                           Bayan Lepas, Pulau Pinang
                    Dirasmikan   : YBhg. Datuk Ir. Adanan bin Mohamed Hussain
                                           Ketua Pengarah Kerja Raya.


                    Walaupun sudah tidak dapat turut serta tetapi ianya masih tetap berbekas dihati. Semoga program tahun ini berjalan lancar.


                      Jumpa Dr. Gigi Lagi

                      Assalamualaikum w.b.t

                      Esok mama cuti lagi, aqil ada temujanji dengan dr. gigi di pusat pengajian termaju usm bertam untuk menjalani pembedahan kecik dibahagian gusi berikutan terdapat masalah pada gigi kapak atas. Hasil daripada x-ray yang dilakukan pada bulan lepas didapati gigi berkenaan tidak keluar dari gusi  kesan hentakan akibat jatuh dari atas meja di KL Sentral pada tahun 2011. Ketika itu umurnya hampir mencecah 2 tahun.



                      Menurut dr lagi jika usaha ini tidak berjaya, plan seterusnya adalah memasang orthodontic gold chain pada giginya bagi menarik gigi tersebut keluar dari gusi. Tapi ianya hanya boleh dilakukan setelah aqil berumur 9 tahun ke atas. 


                      Nasib baiklah aqil ni budak berani, buktinya baba/mama tidak perlu menemaninya ketika di dalam bilik rawatan. Hanya duduk di ruang menunggu, masuk pun apabila dipanggil oleh dr untuk diberi penerangan. Biasanya dia akan keluar bilik rawatan dengan penuh senyuman dan terus bercerita tentang pengalaman yang baru dilaluinya.



                        Semoga semuanya berjalan lancar dan usaha ini membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

                        Majlis Ilmu

                        Klinik Pergigian USM, Bertam


                        Assalamualaikum w.b.t

                        Sedikit informasi berkaitan perkhidmatan pergigian di Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT) USM. Bermula 1 Oktober 2015 semua yang berminat untuk mendapatkan rawatan pergigian perlu memohon terlebih dahulu bagi mendapatkan tarikh dan masa temujanji di klinik pergigian di talian 04-562 2288. Ini bertujuan untuk mengurangkan masa menunggu sebelum mendapatkan pemeriksaan pergigian.

                        Pada saya kaedah ini memang bagus sebab pesakit tidak perlu menunggu lama cuma terfikir kalau tengah sakit gigi macam mana pulak??? 



                          Resepi Kek Minyak

                          Assalamualaikum w.b.t

                          Lama sangat dah rasanya tak kongsi resepi kat sini, bukan resepi sendiri tapi resepi di alam maya yang telah saya cuba. Bila bergelar PJJ ni memang jarang masak, kat alor setar tak memasak langsung sebab tak berbaloi sangat rasanya. Biasanya lepas ambil ariq di taska terus cari makanan, ada kalanya makan terus di kedai/ restoran tapi kebiasaanya bungkus bawa balik ke rumah. Ariq dah umur 2 tahun jadi rasa mencabar jugak le kalau makan berdua dengan dia di luar.

                          Alhamdulillah balik kg raya qurban baru ni dapat bawa balik sebiji homemade kek minyak sebagai buah tangan untuk mak mertua. Oven dah lama tak panas, dapat pulak 2 orang chef cilik membantu sama, hrrrrmmmmm memang kelam kabut dapur dibuatnya. Masa proses menyediakan adunan mereka nak tolong macam-macam, masa tuang adunan dalam loyang pun pakat berebut. Nasib baik kek tak hancus. 

                          Awalnya set suhu oven 180 darjah celcius, selepas 50 minit bahagian luar kek dah garing tapi malangnya bila dicucuk dalamnya masih cair/ belum masak. Masa tu memang dah rasa nak menangis. Gagahkan juga untuk turunkan suhu kepada 160 darjah celcius dan terus berdoa agar kek menjadi. Alhamdulillah selepas 20 minit ada tanda-tanda positif. Tambah masa 10 minit lagi dan syukur berjaya juga bawa balik kek minyak ke kg halaman husband. Sekejap je dah habis kek tu, nampaknya macam semua orang suka je. Lain kali nak buat lagi.




                          RESEPI KEK MINYAK
                          Sumber: Azie Kitchen

                          Bahan-bahan:

                          • 5 biji telur
                          • 1/2 cawan gula kaster
                          • 2 cawan tepung gandum
                          • 1 sk baking powder
                          • 1 cawan susu pekat
                          • 1 sudu besar ovallate
                          • 1 cawan minyak jagung
                          • 1 sudu kecil esen vanilla
                          • Sedikit perisa yang disukai - tak letak
                          • Sedikit pewarna kuning, merah dan biru

                          Cara-cara
                          1. Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan. 
                          2. Lenser loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking paper. 
                          3. Pukul telur bersama gula dan ovallate sehingga kembang. 
                          4. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap. 
                          5. Masukkan minyak dan perisa sambil dipukul sekadar untuk adunan bergaul rata.
                          6. Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit sedikit. Gaul rata. 
                          7. Selepas itu, bahagikan kepada 3 adunan lebih kurang 320 gram setiap warna. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 atau 9" dan corakkan warna ikut kreativiti masing masing.
                          8. Bakar hingga masak pada suhu 170C selama 50 minit atau sehingga masak. Saya bakar selama 40 minit sahaja. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.


                            UPKK 2015


                             Assalamualaikum w.b.t

                            Buat Mohamad Alif Daniel dan pelajar-pelar tahun 5 yang akan menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA yang bermula hari ini selamat maju jaya. Setelah 2 kali ditangguh akibat jerebu yang melanda hampir seluruh negeeri di Malaysia, akhirnya hari ini anak-anak akan melangkah ke dalam dewan peperiksaan. Semoga Allah S.W.T lapangkan dada kalian semua untuk menjawab soalan yang ditanyakan.


                              Rice Smart @ Bekas Beras Tupperware Brands

                              Assalamualaikum w.b.t

                              Nasi adalah merupakan makanan ruji orang Malaysia. Sudah pasti setiap rumah ada menyimpan beras untuk dimasak dan dinikmati bersama hidangan yang enak-enak. Sejak awal perkahwinan saya menggunakan tong beras bewarna merah yang telah disediakan oleh ibu mertua di rumah sewa kami. Sejak itu tong beras ini akan dibawa bersama walau dimana sekalipun kami bermastautin. Masalah yang sering dihadapi adalah bahagian dasar tong beras akan dipenuhi habuk dan perlu dicuci sebelum beras baru dimasukkan. Lebih malang lagi kutu beras akan kelihatan ketika beras di basuh.

                              Sejak diperkenalkan dengan produk tupperware brands, saya telah jatuh cinta dengan Rice Smart @ bekas beras ini. Antara kebaikannya adalah :-
                              1. Rekabentuk baru yang slim dan kompak bertujuan untuk menjimatkan ruang;
                              2. Bekas transparen bagi membolehkan kita melihat dengan jelas aras beras semasa, dengan kata lain kita tahu bila masa beras nak habis;
                              3. Beras yang dibahagian bawah akan digunakan terlebih dahulu bagi memastikan kesegaran beras yang berterusan;
                              4. 1 slide bersama 150gm @ 1 cawan beras jadi takde le pening sebab tak jumpa cawan sukatan beras;
                              5. Mudah disesuaikan walaupun ruang simpanan agak kecil.
                              In Shaa allah dengan adanya Rice Smart @ bekas beras Tupperware Brands masalah itu telah selesai, beras yang digunakan sentiasa segar dan kebersihan beras sentiasa terjamin.

                              Retail: RM308.00
                              Harga Ahli : RM 231.00
                              Sekarang saya menggunakan kaedah kutu bekas beras bagi memboleh rakan-rakan dan jiran tetangga memiliki Rice Smart @ bekas beras ini. 

                              Berminat untuk mendapatkan Rice Smart pm/whatsap: 017-458 8559


                                Viewing all 168 articles
                                Browse latest View live