Quantcast
Channel: My Homework
Viewing all 168 articles
Browse latest View live

Cendol Terbaik Di Taiping

$
0
0

Assalamualaikum w.b.t.
Nampak sedapkan cendol kat atas tu??
Bagi saya yang sememangnya penggemar cendol tegar memang sedap sangat rasanya. Kalau pergi mana-mana mesti akan cari dessert ni. Masa bercuti di Taiping hari tu sempat terjah Restoran Ansari Famous Cendol. Kami pergi dua hari berturut-turut, hari sabtu  pergi pada pukul 4.00 petang dan hari ahad sekitar jam 11.30 pagi.


Masa kami di situ pelanggan datang bertali arus, kiranya kerusi sentiasa berpenghuni. Macam kat atas tu kita belum habis makan lagi dah ada orang berdiri disebelah. Kiranya nak cop siap-siap kerusi yang kita duduk tu. Kalau bangun je dari kerusi tu mesti ada yang duduk, kiranya jangan ada hasrat untuk lepak-lepak dan sembang-sembang di situ. Order>>> makan >>> bayar>>> terus blah.


Nah... ini gambar dari luar restoran pulak, pelanggan berdiri dengan selamba je di tepi meja. Kalau nak menikmati cendol ni perlu ada tahap kesabaran yang tinggi dan tebalkan muka. Pertama sabar untuk menunggu dan kedua tebalkan muka untuk tanya 'kerusi ni ada orang ke?'

 Yang ni pulak suasana ditempat cendol disediakan, kiranya ada pelanggan yang beratur untuk beli bungkus. Hubby tengah tunggu pekedai tu pulangkan duit baki.


Makanan yang ada hanyalah rojak sahaja. Masa hari pertama rojak ni dah habis, hari kedua baru dapat rasa. Hubby kata sedap, pada saya biasa-biasa je sebab rojak Mastan Ghani di Teluk Intan lagi sedap.


Pandangan luar restoran, kalau anda ke Taiping jangan lupa singgah di restoran ni. In Shaa Allah kalau ada rezeki dan kelapangan pasti saya akan kembali ke sini lagi.

Address:  
92, Jalan Barrack, 
34000, Taiping, Perak,

Phone:



    Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

    $
    0
    0
    Assalamualaikum w.b.t.

    Tahun ni alif dah masuk darjah 5, jadi tahap kerisauan mama berkaitan pencapaian di sekolah semakin meningkat. Kalau sebelum ini tak kisah sangat yang penting perkara-perkara wajib sebagai umat islam dia amalkan. Dari aspek pencapaian akademik dia berada di tahap sederhana, macam mama dulu le. Cuma sekarang ni mama risau sebab sistem pendidikan di Malaysia sentiasa berubah-ubah dan anak-anak yang lahir Tahun 2004 akan menjadi pelopor untuk satu lagi sistem yang baru diperkenalkan iaitu KSSR. Jika difikir-fikirkan memang pening dah susah hati. Untuk peringkat menengah mama mensasarkan  supaya memasuki sekolah aliran agama seperti MRSM Kepala Batas.


    Semalam dalam group wassap ibu2, kami membincangkan topik keputusan ujian sekolah rendah anak dan baru le mama layari website kementerian pendidikan. Sebelum ni tahu tapi buat-buat tak tahu, apa yang penting alif lepas ujian atau peperiksaan mama akan tengok kertas soalan dan semak jawapan telah dibuat. Dari situ mama tahu dimana kelemahan dan berbincang untuk memperbaiki kelemahan yang ada. kepada sesiapa yang nak pergi semak boleh layari http://sapsnkra.moe.gov.my.
     

    Bila dah masuk boleh terus klik ruang ibu bapa, pastikan No. Kad Pengenalan / No Sijil lahir ada bersama anda ketika itu. Alhamdulillah keputusan peperiksaan alif telah diisi, bukannya apa ada teman di johor kecewa sebab keputusan anaknya masih belum ada di dalam website berkenaan.


    Bila buat analisa dan perbandingan dengan keputusan tahun lepas mama jadi keliru sebab tahun lepas 83 = A tapi tahun ni 83 = B. Bila disemak semula rupanya ada perubahan julat markah mulai tahun 2015. Berikut adalah julat markah terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 9 Februari 2015.

    85 - 100 --> A
    70 -- 84 --> B
    60 -- 69 --> C
    50 -- 59 --> D
    40 -- 49 --> E
    01 -- 39 --> F
    00 --------> TH

    Jika semua subjek mendapat E masih dikira Menguasai, tetapi jika ada walaupun 1 subjek mendapat F maka keputusannya Tidak Menguasai.

    Terdapat peningkatan markah untuk skor A, jadi usaha mama juga perlu dipertikatkan lagi. Hari ini ada perjumpaan dengan ibu bapa di sekolah alif. Baba pergi sorang je la sebab mama jauh di alor setar.


      Makan-makan di JS Muara Kuala Gula

      $
      0
      0
      Assalamualaikum w.b.t.

      Sebenarnya entry ni untuk hari khamis lepas tapi tak sempat sebab bos ajak pergi ke jeniang dan naik gunung jerai. Itu pun jam 4.00 petang minta kebenaran turun dulu dek kerana nak ambil ariq sebelum jam 5.00 petang dan terus balik ke sungai 2. Entry ni penutup untuk kisah percutian di taiping yang lepas. Sebelum pulang ke penang kami menuju ke Kuala Gula kerana dikhabarkan ada menu istimewa. Seperti biasa perjalanan berpandukan miss waze dan kami terus menuju JS Muara. Alhamdulillah masa kami sampai pelanggan tak ramai lagi dan suasana di restoran tenang dan mendamaikan. 

       
      Kami pesan ketam lembut goreng tepung, gulai ikan sembilang, tomyam daging dan kangkung goreng belacan.


      Hubby kata antara 4 menu yang di pesan, ketam lembut goreng tepung memang tidak mengecewakan. Alif yang picky eater tu pun boleh terima. Pernah menikmati ketam lembut ni masa berkunjung ke sabah pada tahun 2013. Kepada penggemar ketam tapi malas nak pecahkan kulitnya elok le beli ketam lembut ni, terus ngap je tak payah susah-susah.


      Ikan sembilang yang dihidangkan memang segar tapi malangnya rasa kuah gulai tu agak kureng sikit sebab rempah ditumis tidak cukup masak. Kalau rempah yang digunakan dimasak dengan elok pasti rasa gulai ini tip top.


      Kangkung goreng belacan pun biasa-biasa je, rasanya lain sikit bila anak-anak sotong dijadikan bahan rencah. Pada saya kangkung goreng belacan yang asli lagi sedap kut. Oooopppsss lupa snap gambar tomyam daging. Kalau pergi mana-mana wajib ada tomyam sebab itu adalah pembuka selera alif. Kalau takde tomyam memang payah le dia nak makan.



        Nak Jadi Kreatif !!!!!

        $
        0
        0

         Assalamualaikum w.b.t....

        Bagus betul kan, kalau lagi dua hari takde entri baru maka genaplah 2 bulan MH bersawang. Cerrr bayangkan kalau 2 bulan sawang kat rumah kita tak bercuci mesti sakit mata dan nak pandang siling pun tak lalu. Hujung minggu baru ni semangat bersihkan rumah walaupun kaki yang terseliuh hari tu belum pulih sepenuhnya lagi. Jadi malam tu tanggung le akibatnya, kaki rasa berdenyut balik dan semakin membengkak. Lepas dah kemas sempat hayati setiap sudut yang ada kat dalam rumah tu, alahai sangat tak lawa dan takde seri  langsung. Masa tu memang terasa dan sedar sangat yang saya ni bukannya dari golongan yang kreatif dan berseni. 

        Hihihihi semangat google maksud perkataan kreatif sebentar tadi dan bila diteliti memang ciri-ciri tu takde langsung dalam diri saya. Tapi yang hairannya selama 3 1/2 tahun berkhidmat di jabatan lama macam-macam anugerah saya terima berkaitan kreativiti dan inovasi ni. Pencapaian tertinggi adalah Anugerah Ketua Pengarah MAMPU semasa Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan Tahun 2012 yang diadakan di Langkawi. Hujung tahun ni mantan anak buah akan bertanding lagi di peringkat kebangsaan bagi produk yang dihasilkan tahun 2013. Semoga kejayaan akan menjadi milik mereka.

        Berbalik kepada kisah rumah tadi, sekarang ni kalau ada masa terluang saya akan melayari blog-blog yang bercerita perihal menghias rumah. Ermmm tak de susah sangat, yang penting rajin buat rujukan dan rajin cari bahan. Ada blogger berjaya menghasilkan ruang yang sangat cantik dan kemas dengan kos yang tak tinggi mana pun. Kreatif sungguh le dan tabik spring saya dibuatnya. Memang cemburu bila setiap ruang yang ada ditatarias dengan indah sekali mengikut citrasa tuan rumah. Harap lepas ni saya pun boleh deko dan hiaskan rumah cantik2 untuk keselesaan kami sekeluarga. Tapi kos kena minima sebab ekonomi sekarang ni tak mengizinkan untuk berbelanja sewenang-wenangnya dan amalan jimat cermat perlu diamalkan dalam kehidupan seharian.


          Novel oh Novel

          $
          0
          0
           Assalamualaikum w.b.t...

          Hobi dari kanak-kanak lagi, saya memang suka baca novel. Biasa la masa sekolah dulu baca novel-novel yang ada di perpustakaan je. Masa tunggu result SPM saya sempat bekerja di kedai buku yang terletak di uptown petaling jaya. Hahaha memang sakan sangat le masa tu, setiap novel yang ada memang akan ada 1 jadi mangsa kami bertiga (saya, kak imah dan syeda). Walaupun novel yang dihantar siap berplastik bagi mengelakkan pelanggan membaca tanpa membeli, kami akan ambik, koyakkan plastiknya dan baca. Novel tersebut akan berpindah dari tangan ke tangan dan bila semua dah habis baca naskhah tersebut akan diletakkan dibahagian bawah sekali. Nasib la yea.... kalau buka buku ilmiah baca berhari-hari pun belum tentu habis, tapi kalau novel ni paling lama masa yang diambil 3 hari itu pun sebab tebal. Kalau yang tebal 1 inci tu 1 hari pun boleh sampai ke penamat.

          Sumber : google

          Ahad lepas balik kerja terus ke Star Parade, hajat hati nak jamu mata kat SSF yang terletak di tingkat 4. Masa nak naik tangga di tingkat 3 nampak novel baru karya novelis Siti Rosmizah bertajuk Andai Itu TakdirNya 2. Pergghhh terus masuk kedai popular, ambik novel tu serta sebuah buku lagi dan terus pi kaunter bayaran. Masa di Uni minat ni memang terpaksa dilupakan sebab mana mampu nak beli. Duit yang ada untuk belanja makan je, tu pun weekend biasanya pergi lepak rumah abang2 atau kakak2 sebab boleh makan sedap2. Bila dah berkerja di seremban, tinggal serumah dengan officemate yang merupakan classmate masa kat uni. Dia ni memang kaki novel, jadi minat aku dapat diteruskan dengan meminjam novel2 yang dia beli. Kawan saya ni pun minat menulis tapi karya dia tak pernah diterbitkan, katanya untuk suka-suka je. Masa tu pun saya tak beli sendiri sebab banyak komitmen dan impian yang nak direalisasikan. Saya beli karya-karya novelis yang saya minat je iaitu Lamia Aimal, walaupun ada novel yang dah baca tapi saya beli juga sebagai koleksi.

          Bila dah kahwin dan tinggal di penang, saya mula mengumpul novel-novel karya Fauziah Ashaari (penangan ombak rindu), Siti Rosmiza, Eiman Sufi dll. Saya ni jenis beli 1 dulu, kalau karya tu kena dengan jiwa saya maka akan beli novel tulisan penulis tu lagi. Tapi kalau tak best alamatnya 1 tu je la. Ada novel yang saya beli tapi tak habis baca, terus simpan dalam almari jer. Alamak baru perasan entri ni dah tersasar jauh, hajat hati nak buat review pasal Andai Itu TakdirNya 2, tapi dah jadi kisah saya suka baca novel pulak. Tak pe le In shaa Allah next entri, apa pun hati sedang berbunga riang sebab kejap lagi boleh balik sg dua.

            Dari Flat Ke Teres

            $
            0
            0
            Assalamualaikum w.b.t..

            Alhamdulillah dah setahun sebulan tinggal di taman sungai dua utama ni, rasa cepat sangat masa berlalu. Masih ada lagi kotak yang belum dibuka... hihihihi memang barang dalam kotak tu tak perlu dikeluarkan kut, tambah semak pulak rumah yang memang selalu semak tu. Memang terasa kelainannya bila tinggal di rumah teres ni dan lagi seronok kerana hampir 90% pemilik adalah orang melayu, syukur sangat2.

            Tahun 2003 kahwin dan berpindah ke pulau pinang tempat hb mencari rezeki (nak jadi isteri mithali saya kena le berhenti kerja), kami tinggal di Minden Height rumah flat 2 bilik. Dekat sebelah USM je pun, hb sewa rumah ni sebelum kami kahwin dan umi dah siapkan segala keperluan. Masa awal tu memang syok le duduk kat sini sebab penghuni tak ramai, tapi lama kelamaan rasa makin sesak dan kalau nak park kereta memang payah bebeno. Majoriti penghuni kaum cina, kalau musim perayaan memang payah le nak tido malam. 

            Tahun 2006 pindah ke Springfield Condo, nama je kondo tapi standard apartment. Suka sangat tempat ni sebab gated area dan kawasan sentiasa dijaga dengan bersih. Kiranya berbaloi le bayar yuran penyelenggaraan. Setiap unit disediakan 1 tempat letak kereta berbumbung dan kalau ada extra kereta kena sewa parkinglot dalam kawasan atau pandai-pandai le berebut park kat luar. Rumah ni pun sewa jugak, tapi yang seronoknya kami dapat kadar sewa sama dengan sewa kat flat sebelum tu. Rezeki...rezeki... kalau ikutkan kadar sewa kawasan tu memang 2 atau 3 kali ganda la. Kawasan ni pun majoriti kaum cina, memang tak bergaul sangat sebab masing-masing sibuk bekerja, jiran depan pintu pun bertegur sapa jika kebetulan sama-sama buka pintu.


            Tapi tu la bila lama-lama duduk rumah bertingkat ni memang rasa lemas dan membosankan. Kadang-kadang tu kesian tengok anak-anak, memang tak berkawan bila duduk dirumah. Nasib baik le diorang ni dari kecil dah tinggal di taska masa waktu mama dan baba pergi kerja. Sekarang ni ok le dah mula rasa hidup bermasyarakat. Jiran tetangga pun umur lebih kurang je jadi senang nak ngam. Tambahan media sosial digunakan sebaik mungkin bagi mengeratkan tali silaturahim. Semoga ukhwah yang terjalin akan dapat dieratkan dan digunakan sebaiknya mencari keredhaan Yang Maha Esa.


            Aktiviti pertama adalah Majlis Ramah Mesra Taman Sungai Dua, acara ni dilaksanakan sepenuhnya oleh group mommies bermula dari perancangan sehinggalah pelaksanaan. Group daddies tolong-tolong angkat meja kerusi je la. Makanan disediakan secara potluck, banyak, sedap dan ada macam-macam. Selesai je majlis masing-masing tapau bawa balik. Kalau ikutkan lepas ni ada macam-macam lagi perancangan untuk mengeratkan tali silaturahim antara kami semua. Semoga ianya akan menjadi kenyataan. Amin.




              Urus Sampah Sebaiknya

              $
              0
              0
              Assalamualaikum w.b.t.

              Sekarang saya berjiran dengan tadika yang mendidik kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun. Secara peribadi saya tiada masalah dengan suara riang kanak-kanak dan kesibukan sewaktu ibu bapa menghantar dan mengambil anak-anak mereka. Cuma baru-baru ini saya agak terkilan apabila sampah yang dibuang kedalam tong tidak diuruskan dengan baik. Tong sampah saya dan tadika berkenaan diletakkan dekat antara satu sama-lain dan jumaat lepas pulang sahaja dari taman kelihatan tong sampah saya (ada no rumah) terletak dibahagian taska terbuka dan mengeluarkan bau busuk. Setelah dilihat rupanya sampah yang dimasukkan tidak berplastik dan berulat. Saya rasa marah namun sempat berfikir sampah tersebut akan dikutip oleh mpsp esok. Walaupun tong sampah saya tapi sampah dalam tersebut bukan dari rumah saya.


              Keesokan harinya selepas masa kutipan, kami (saya dan suami) yang baru pulang dari makan pagi dan membeli belah di bertam telah membuka tong berkenaan dan didapati keadaan dalam tong masih tetap sama. Malahan bau semakin busuk dan ulat berwarna putih makin banyak. Sedihnya, tapi saya tidak menyalahkan kakitangan mpsp kerana awal dulu penghuni telah diberikan notis supaya sampah yang diletakkan kedalam tong perlu dimasuk ke dalam plastik yang diikat kemas. Jadi untuk mengelakkan keadaan menjadi semakin teruk berikutan kutipan seterusnya adalah pada hari selasa depan, kami telah masukkan sampah berkenaan ke dalam plastik dan diikat dengan kemas. Tong sampah dibasuh, kedudukannya kami ubah, saki baki sampah yang terdapat di atas tar dibersihkan.


              Setelah selesai saya whatsapp pemilik tadika dan ceritakan situasi berkenaan serta memohon supaya menguruskan sampah sebaiknya demi untuk kerukunan tetangga. Beliau berjanji bahawa keadaan ini tidak akan berulang kembali.Kepada pengusaha-pengusaha tadika/taska, pekalah dengan jiran tetangga, ingatkan kakitangan/ cikgu-cikgu supaya lebih prihatin dan tidak membuat kerja sambil lewa terutamanya berkaitan perkara-perkara yang melibatkan kebersihan taska/tadika dan sekelilingnya.


                Rekod Baru

                $
                0
                0

                Assalamualaikum w.b.t...

                Ahad lepas keluar dari rumah di sg dua jam 6.50 pagi, thumb print di pejabat tepat jam 7.51 pagi. Gara-gara terjaga dari tidur jam 6.30 pagi memang kelam kabut jadinya. Manakan tidak biasanya jam 5.30 pagi dah terjaga dan paling lewat 6.30 pagi bergerak keluar dari rumah. Memang menjadi rutin sekarang ni setiap hari khamis, habis waktu pejabat terus balik ke sg dua dan setiap pagi ahad akan kembali semula ke alor setar. Berbalik pada kisah ahad lepas, kelajuan pemanduan memang melebihi had yang dibenarkan sebab seboleh mungkin taknak lewat ke pejabat. Lagipun sampai di alor setar kena hantar ariq ke taska sebelum menuju ke pejabat. Memang rekod le dari tol sg dua ke tol alor setar selatan kurang dari 40 minit dan syukur alhamdulilah Allah memelihara kami dua beranak dari sebarang kecelakaan. Apapun perkara ini tidak boleh berulang lagi kerana merbahaya dan keselamatan diri perlu diutamakan. Semoga Allah membuka hati-hati mereka yang terlibat dalam memberi pertimbangan permohonan pertukaran yang telah dikemukakan kepada ibupejabat.


                  Salam Ramadhan 1436 Hijrah

                  $
                  0
                  0


                  Assalamualaikum w.b.t
                  Bulan Syaaban 1436 Hijrah berbaki lebih kurang 9 jam sahaja lagi, kemudian Ramadhan bulan yang penuh barakah akan menjelma. Semoga kita diberi keizinan oleh Yang Maha Esa untuk menemui dan menyelusuri Ramadhan kali ini dengan sebaiknya. Azam yang terpahat dihati adalah amalan pada tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Cabaran yang pasti adalah ramadhan kali ini hanya dihujung minggu dapat berkumpul bersama suami dan anak-anak untuk menikmati indahnya bulan yang mulia ini.

                  SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA

                    Amalan di Bulan Ramadhan # 1

                    $
                    0
                    0
                    Assalamualaikum w.b.t

                    Banyak sebenarnya yang boleh dilakukan dalam bulan yang mulia ini, manakan tidak jadual seharian kita akan berubah 360 darjah. Sebagai contoh kalau kita menghadiri kursus, biasanya kita akan makan 6 kali sehari tapi di bulan ramadhan 2 atau 3 kali sahaja (hihihihi ada orang nak kena pergi kursus bulan puasa). Jadi masa yang digunakan untuk makan tu boleh digunakan untuk melakukan amal kebaikan. Paling baik kita gunakan masa untuk mengaji al-quran. Seeloknya secara berkumpulan @ tadarus, tapi buat bersendirian pun tak pe. Baca sekurang-kurangnya 1 juzuk sehari yang mana kita boleh khatam dalam bulan ramadhan. Bagi kaum hawa kena lebihkan sebab mungkin kita akan *bercuti* selama beberapa hari. 


                    Solat sunat tarawikh sangatlah besar fadhilatnya jadi janganlah dipersiakan sebab hanya ada 29/30 hari sahaja dalam setahun. Mula-mula tu memang berat tapi selepas 2-3 hari mesti rasa seronok, cumanya hb selalu cakap diawal ramadhan bilangan saf selalunya banyak tapi semakin ramadhan menginjak ke hujungnya semakin berkuranglah bilangan saf semasa solat sunat tarawikh.


                    Seterusnya banyakkan bersedekah tak kisahlah dalam apa jua bentuk. Masa kecik-kecik dulu selalunya mak dan jiran2 akan saling bertukar juadah untuk berbuka puasa. Kadang kala juadah yang disediakan hanya 2-3 sahaja tapi disebabkan amalan ini maka juadah yang dihidangkan jadi banyak yang terdiri daripada pelbagai jenis. Lepas tu arwah apak akan berbuka di masjid, selesai sahaja solat terawikh juadah pemanis mulut akan dijamu kepada jemaah. Sampai sahaja di rumah ada pula juadah dibawah tudung saji baki dari berbuka tadi. Hrmmmm memang makan je la. Tapi rasany sekarang ini orang lebih suka bersedekah wang ringgit kepada pihak masjid dan segalanya diuruskan kepada pihak berkenaan.


                    Amalan selebihnya di entri akan datang.



                      Rumah Musnah Terbakar

                      $
                      0
                      0
                      Assalamualaikum w.b.t

                      Sekadar berkongsi foto-foto rumah MIL yang musnah terbakar pada bulan april 2015 yang lepas. Memang pahit untuk dikenang tapi ini semua ketentuan Yang Maha Esa. Setiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknya.
                      Tarikh: 12 April 2015
                      Masa: 10 pagi - 11 pagi
                      Lokasi: Kg. Bahagia Teluk Intan



                        Amalan di Bulan Ramadhan # 2

                        $
                        0
                        0

                        Assalamualaikum w.b.t.
                        Sedikit tambahan entri semalam, amalan yang paling mudah dilakukan tapi besar ganjarannya adalah berzikir. Boleh dilakukan dimana-mana sahaja pada bila-bila masa. Teringat ceramah ustaz semasa ceramah ramadhan 2 tahun lepas, katanya beliau akan pastikan dapat berzikir paling kurang 1000 kali sehari semasa memandu. Perkara mudah tapi tak ramai yang sedar, dengan ada pelbagai gajet2 zikir dipasaran sekarang mudah saja untuk kita melakukannya. Jika bibir kita sentiasa dibasahi dengan memuji kebesaran Ilahi pasti hati menjadi tenang.


                        Menghadiri majlis ilmu juga amatlah digalakkan kerana semasa mendengar ilmu yang disampaikan seolah-olah kita berada di taman syurga. Semoga apa yang didengari dan dicatat boleh dijadikan sebagai panduan untuk kita menjadi muslim yang lebih baik dalam mengejar syurga Allah s.w.t. 

                        “Barang siapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah memudahkan jalannya menuju Surga. Sesungguhnya para Malaikat membentangkan sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu kerana redha atas apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya orang yang berilmu benar-benar dimintakan ampun oleh penghuni langit dan bumi, bahkan oleh ikan-ikan yang berada di dalam air.”

                        [Hadits shahih, diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 3641), Tirmidzi (no. 2682), Ibnu Majah (no. 223), Ahmad (V/196), Ad-Darimi (I/98), Ibnu Hibban (88 – Al-Ihsan dan 80 – Al-Mawarid)


                        Banyak lagi yang boleh kita lakukan didalam bulan rahmat ini, setiap amalan dan kebaikan yang dilakukan berkali ganda ganjaran yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. Rahmat dan barakah yang tiada dalam bulan yang lain.  

                          Puasa pertama

                          $
                          0
                          0
                          Assalamualaikum w.b.t

                          Alhamdulillah hari ni mohamad aqil dzaki, 6 tahun berjaya berpuasa penuh pada 1 Ramadhan 1436 Hijrah. Mama pun tak sangka dan memang tak mengharap untuk dia berlapar dan dahaga sehingga ke azan maghrib. Apa yang pasti keinginan mahu menunaikan rukun islam ke-3 adalah dorongan daripada teacher di tadika Nur Cemerlang New, Sg Ara. Pagi tadi dia bersahur dengan 2 keping roti bakar + 2 batang sosej. Dia ni memang memilih sangat pasal makanan. Sup ayam adalah makanan kegemaran dia tapi mama tak pandai pun buat sebabnya sup yang mama masak akan dibandingkan dengan sup maktok yang superlicious tu. Yang tak bestnya baba main taktik kotor, masa dalam perjalanan pulang ke rumah semalam baba kata kalau aqil puasa penuh nanti mama bagi hadiah. Hrrmmm mama juga yang kena, tak pe le yang penting ini adalah permulaan dalam mendidik anak-anak menjadi muslim sejati, harta yang paling bernilai.



                            Monday Blues

                            $
                            0
                            0

                            Assalamualaikum w.b.t

                            Monday Blues fakta atau auta?? Masa sekarang ni memang fakta sebab takde mood nak buat keje. Pukul 8 pagi tadi adalah semak dan tandatangan pelan, banyak jugak la. Bila dah selesai cadangnya nak buat deraf surat berkaitan dapatan audit minggu lepas, tapi jenuh nak mengarang tapi takde idea langsung. Pejabat pulak senyap je sebab ramai yang menghadiri Program Tanweer Ramadhan 2015 anjuran PSUK. My turn on Thursday. Sebenarnya ada beberapa lagi kerja yang nak dibuat tetapi semuanya memerlukan saya berfikir untuk mendapatkan ayat-ayat yang sesuai, jadi tunggu sat lagi le. Sudahnya buat karangan kat MH je la sebab boleh buat ayat sesuka hati.

                            Berbalik kepada cerita monday blues, berdasarkan kepada kajian di US didapati kebanyakan cuti sakit diambil pada hari isnin @ monday. Apakah punca ini berlaku?? Errrmmm fikir-fikirkanlah. Biasanya hari isnin ramai yang moody mungkin disebabkan oleh selepas menghabiskan cuti yang menyeronokkan bersama keluarga dan rakan-rakan, kita perlu kembali bekerja demi untuk melaksanakan pelbagai tugasan yang diamanahkan. Dan kadang kala tugasan yang menanti adalah sama dan amat membosankan. Sudah pasti kita masih memikirkan kegembiraan hujung minggu yang baru dihabiskan dan tidak sabar untuk menanti hujung minggu akan datang.

                            Macam kes saya sekarang ni, bercuti selama 4 hari bermula pada hari khamis sehingga hari ahad benar-benar terkesan. Masa yang ada dihabiskan bersama keluarga, melakukan kerja ruang, melayan pokok yang ada, menyediakan juadah berbuka puasa dan macam-macam lagi. Pagi tadi memang berat hati nak balik ke Alor Setar kerana itu semua tidak akan dapat dilakukan lagi, lebih terkesan bila memikirkan aqil yang baru nak belajar puasa.  Tak sabar menunggu hari khamis muncul kembali kerana boleh pulang ke Sg. Dua.Tadi sempat google cara-cara nak tangani masalah ini, antara yang saya temui adalah:-


                            1. Rancang Kerja Hari Isnin Pada Hari Jumaat
                            Nampak mudah tapi tak ramai yang lakukannya. Kebiasaannya pada khamis (untuk yang cuti pada hari jumaat dan sabtu) atau jumaat (untuk yang cuti pada hari sabtu dan ahad) apa yang difikirkan adalah aktiviti yang hendak dilakukan pada hujung minggu ini dan selesaikan tugasan yang perlu disiapkan pada minggu berkenaan. Jadi bila kembali ke tempat kerja pada minggu berikutnya kita akan tercari-cari kerja-tugasan yang hendak dilakukan. Ini secara tidak langsung menimbulkan perasaan kurang senang dan rasa tertekan.


                            2. Bersosial
                            Jika ada monday blues ni ambil sedikit masa untuk bersama rakan sekerja sebelum mulakan kerja.Gurau senda dan gelak tawa boleh membangkitkan semangat dan meningkatkan motivasi untuk kita berkerja pada minggu baru ini. Kadang-kadang ketika bersembang boleh mengingatkan kita apa yang masih belum diselesaikan pada minggu lepas dan kerja-kerja yang perlu dilunaskan pada minggu ini. 


                            3. Perbetulkan Konsep
                            Gejala monday blue ni berlaku disebabkan oleh minda kita telah diset sebegitu rupa. Jadi hanya kita yang mampu programkan semula dari negatif kepada positif. Bayangkan isnin ini merupakan permulaan untuk kita melalui 1 lagi minggu yang ceria dan membahagiakan. Semua kerja dan tugasan yang ada dan bakal datang perlu dilakukan dengan sebaik mungkin agar kita dapat bercuti tanpa gangguan pada hujung minggu akan datang


                            4. Redha
                            Jika tips 1-3 tidak boleh mengubah simptom monday blues yang anda sedang alami, terima keadaan itu seadanya. Jangan dilawan sangat kerana ia akan memberi kesan yang buruk, tapi bukan dengan cara mengambil cuti sakit ataupun pulang ke rumah setelah thumb print di pejabat. Sebaliknya lakukan perkara-perkara yang anda sukai dan sebaiknya lalui hari isnin anda sebaiknya dan semoga hari berikutnya segala tugasan yang tertangguh dapat disiapkan sebaiknya. 

                            Nota: Kerja perlu diteruskan lepas rehat nanti.


                              Mari Membaca

                              $
                              0
                              0
                              Assalamualaikum w.b.t

                              Entri kali ini lebih kepada peringatan untuk diri sendiri. Membesarkan 3 orang anak lelaki yang berusia 11 tahun, 6 tahun dan 2 tahun memang besar cabaran. Tambahan pula desakan kerja memerlukan kami untuk tinggal berasingan dan saya bergelar isteri dan mama hujung minggu. Setiap anak ada karekter yang tersendiri. Alif seorang yang pendiam, suka memendam rasa, pergaulan yang terbatas dan hanya bercakap bila perlu. Aqil seorang yang periang, talkative, mudah bergaul, berani dan memang kontra dengan abg longnya. Ariq dengan usia yang begitu muda saya tak boleh nak komen banyak, walaupun muka fotostat abg long tapi karekter lebih kepada abg cik. Jika saya berada di rumah sebelum tidur aqil akan minta supaya diajar membaca. Sebenarnya dia dah boleh membaca sendiri tapi kebiasaannya saya perlu menjawab soalan-soalan yang bakal diutarakan. Ariq pula biasanya akan menempel bersama dan dia akan membaca dalam bahasanya sendiri.Cuma kadang-kadang rasa terkilan sebab masa yang ada terlalu terhad dan permintaan aqil tidak dapat dipenuhi. Saya kongsikan artikel dari Berita Harian ini sebagai panduan untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak cintakan ilmu dan tanam sikap suka membaca.


                              Menurut Dr. Mastura Badzis, Pakar Perkembangan Pendidikan Kanak-Kanak yang juga Penolong Profesor di Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tabiat dan minat membaca perlu dipupuk sejak dari awal usia kerana ia adalah kunci utama pembudayaan ilmu. Perkara utama perlu difahami, pendekatan, kaedah dan teknik yang perlu dilaksanakan. Justeru, perlu gunakan kaedah bersesuaian dengan ciri-ciri semula jadi kanak-kanak dan mengikut tahap perkembangan mereka. Mengajar membaca bukan sekadar memperkenalkan huruf ABC kerana ia adalah simbol yang tidak memberi apa-apa makna kepada kanak-kanak. Membaca buka hanya pembelajaran mengenal huruf sebaliknya bagaimana menggunakan ‘print’ kerana sesuatu sebab.

                              Ibu bapa perlu memahami mengenai kebolehan membaca. Ia berkait rapat dengan perkembangan bahasa, keupayaan berkomunikasi dan penguasaan perbendaharaan kata. Membaca perlu difahami dalam konteks yang lebih luas ‘extensive’ kerana membabitkan kemahiran berfikir secara kreatif dan keupayaan menyelesaikan masalah.



                              Mengajar anak membaca tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa didahului dengan pemupukan minat membaca dan kesedaran mengenai konsep ‘print’ yang bermakna. Memaksa anak belajar dan membaca sebelum mereka bersedia hanya akan menghilangkan minatnya.

                              Persekitaran kita penuh dengan tulisan pada pakaian, kotak makanan, mainan, bekas peralatan mandi, poster, ‘flyers’, iklan TV, kad hari jadi, surat khabar, tanda arah, komputer dan lain-lain.

                              Kanak-kanak tidak faham mengenai fungsi simbol dan sesuatu yang tertera (print). Ia berasaskan pengalaman ketika berinteraksi dengan orang dewasa. Jika mereka diberi kefahaman buku dan sesuatu yang tercetak atau yang tertulis itu membawa makna, mempunyai tujuan tertentu, ia akan membantu kanak-kanak mendekati buku.

                              Minat membaca akan timbul secara semula jadi apabila mendapat pengalaman ‘membaca’ sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan minat ini seharusnya dipupuk sejak bayi sehinggalah dia sendiri berkeinginan, sedia dan meminta untuk diajar membaca secara formal.


                              Sebagai contoh, seorang anak yang dipangku dan dipeluk ketika ibu atau penjaga membacakan buku cerita kepadanya akan mengaitkan buku dan cerita dengan kasih sayang, rasa selamat, rapat dengan penjaga dan suatu yang amat menyeronokkan. Ia menjadikannya ingin terus berdampingan dengan buku. Walaupun mungkin bermula dengan hanya melihat gambar ini akan membantunya belajar menumpukan perhatian, tekun dan prihatin.

                              Kemahiran awal perlu dipelajari sebelum ‘membaca’. Apabila pengalaman membaca menjadi sesuatu yang menyeronokkan dengan rangsangan daripada ibu bapa dan pendidik, sedikit demi sedikit kanak-kanak akan mula tahu cara untuk memegang buku, buka muka surat, tahu bila cerita bermula dan berakhir, lama kelamaan akan mula mengenal tajuk, pengarang, kulit buku dan juga akan menunjukkan kefahaman bahawa ‘print’ atau gambar juga memberi maksud tertentu.

                              Kepelbagaian pendedahan kepada pelbagai ‘bahan yang boleh dibaca’ daripada persekitaran akan menimbulkan kesedaran mereka bahawa sesuatu ‘yang bertulis’ menggambarkan kata-kata atau pemikiran yang kekal.

                              Mereka juga akan mula menyedari pelbagai jenis tulisan, ke atas, bawah, kiri kanan, kanan kiri dan sebagainya. Apabila ini berlaku, tanpa disuruh kanak-kanak akan mula mencuba ‘bercerita’ sendiri bila membelek-belek buku dan menyelak muka surat. Dia akan mula menunjuk kepada sesuatu huruf dan minat bila melihat namanya ditulis atau barang kepunyaannya dilabel.

                              Bila usianya semakin meningkat ke 4 hingga 6 tahun dan dengan rangsangan yang diberi, dia akan mencuba ‘menulis’ nombor telefon, senarai barang untuk membeli-belah dan sebagainya kerana ini adalah keinginan semula jadi kanak-kanak seusianya untuk ‘membuat tanda’ bagi membayangkan pelbagai contoh ‘print’ yang ada di sekelilingnya.


                              Akhirnya, kanak-kanak akan menyebut “mak, nak baca, ni macam mana?”. Inilah saat yang paling sesuai untuk mengajar membaca secara formal, bila kanak-kanak itu sendiri yang meminta untuk diajar, sebagai petanda yang dia benar-benar bersedia untuk diajar membaca kerana minat dan kefahamannya tentang konsepliterasi.

                              Seandainya anak diajar membaca dalam keadaan dirinya tertekan dan dipaksa serta tidak faham kenapa dia perlu ‘membaca’ - apatah lagi kalau disuruh duduk diam, belajar huruf dan bunyi, minat terhadap membaca tidak akan dapat dipupuk sebaliknya boleh meninggalkan kesan negatif terhadap emosi anak dan sikapnya terhadap kepentingan membaca.

                              INFO: Tip memupuk minat belajar membaca

                              • Sediakan pelbagai peluang untuk anak menconteng, menulis, melakar, mewarna, mengecat sejak kecil.
                              • Sediakan persekitaran yang kaya dengan bahan mencetak pelbagai bentuk dan jenis.
                              • Membaca buku cerita dalam suasana interaktif. Komunikasi antara pengasuh, ibu bapa dan kanak-kanak.
                              • Beri peluang untuk ‘perbincangan’ panjang.
                              • Banyak menyoal sebagai cara menggalakkan perkembangan bahasa dan percambahan fikiran
                              • Buat buku dengan kanak-kanak guna bahan terbuang.
                              • Bantu kanak-kanak biasa dengan namanya contohnya menulis nama pada barang-barang kepunyaannya nantu kanak-kanak bezakan bunyi.
                              • Wujudkan persekitaran membaca di rumah; ibu bapa sebagai contoh.
                              • Sediakan pelbagai jenis buku, ‘soft toys dan permainan berbentuk buku sebagai daya tarikan kanak-kanak mendekati buku.
                              • Mengumpul bahan bacaan bukan hanya untuk kanak-kanak membaca tetapi juga untuk orang dewasa membacakan untuk mereka.
                              • Penggunaan kaset, audio dan kaset. 


                                Jadual Feri Langkawi Di Bulan Ramadhan

                                $
                                0
                                0
                                Assalamualaikum w.b.t

                                Semalam ada mesyuarat di Langkawi, seperti biasa bajet naik feri pukul 8.15 pagi dari Kuala Kedah dan akan tiba di Langkawi sebelum jam 10.00 pagi. Sedang elok dah tu sebab mesyuarat mula pada jam 10.30 pagi. Dalam perjalanan menuju ke jeti bos telefon maklumkan feri jam 9.00 pagi dan takde feri yang berlepas pada 8.15 pagi. Hihihihi marah le tu sebab malam sebelumnya dengan yakin aku maklumkan yang feri pertama berlepas jam 7.15 pagi diikuti jam 8.15 pagi dan seterusnya 9.30 pagi. Sekarang ni memang dah hafal masa-masa tu sebab memang kerap ke Langkawi balik hari, jarang bermalam di sana. 

                                Setibanya dikaunter terus aku bertanya kepada kerani yang bertugas dan jawapan yang diterima "sila baca notis ni, tak larat nak jawab dah" (sambil tangan menunjuk kearah notis yang dipaparkan). Hrrmmm nasib baik bulan puasa telan je la. Jadi kepada sesiapa nak ke Langkawi dalam bulan yang mulia ini sila rujuk jadual perjalanan di bawah yea.


                                  Maaf Dik Bukan Akak Taknak Bersedekah

                                  $
                                  0
                                  0
                                  Assalamualaikum w.b.t

                                  Ahad lepas sedang asyik menyidai kain di halaman rumah kelihatan sebuah van lalu di jalan utama, fikir saya van menghantar pembantu rumah harian yang diminta oleh jiran tetangga. Saya meneruskan kerja tanpa mempedulikan keadaan sekitar. Tidak lama kemudian kedengaran orang memberi salam di rumah jiran dan semakin lama semakin hampir. Akhirnya si pemberi salam tiba dihadapan pintu pagar rumah saya, gadis berumur belasan tahun. Katanya dari pusat tahfiz, datang untuk mengumpul dana membina surau di pusat tahfiz (maaf saya lupa mencatatkan nama pusat tahfiz berkenaan). Saya hanya mampu berkata "maaf lain kali yea dik". Dengan rasa kecewa dia terus berlalu menuju ke rumah yang lain, kelihatan ada lagi 5-6 orang remaja perempuan yang berpakaian sopan dan sedondon memberi salam dari rumah ke rumah.


                                  Maaf dik bukan akak taknak bersedekah/ menderma / berwakaf tetapi cara yang dilakukan membuatkan hati akak berasa was-was. Pada akak di usia sebegini bukan tugas kalian untuk mendapatkan dana bagi pihak sekolah. Akak bersimpati dan kasihan melihat kalian, jam 10.30 pagi dibawah panas terik mentari dalam bulan ramadhan, sepatutny pada masa ini kalian berehat setelah penat menghafal ayat-ayat suci al-quran (bedasarkan pembacaan, waktu yang paling elok untuk menghafaz adalah di awal pagi). Jika alasannya hari ahad sekolah bercuti adalah wajar kalian berehat bersama teman-teman atau keluarga tercinta. Bersedekah itu memang besar pahalanya dan ia adalah antara 3 perkara yang akan kita bawa selepas mati kelak tapi ada keraguan di hati akak. Bagi mengelakkan kalian terus melakukan perkara ini akak putuskan untuk tidak memberikan apa-apa sumbangan.

                                  Lebih menyedihkan lagi sekitar jam 12.15 tengahari sedang kami bersedia untuk keluar membeli barangan dapur, seorang pelajar wanita mendekati saya dan menerangkan perkara yang sama. Sekali lagi saya memberikan jawapan yang sama dan terserlah kekecewaanya. Mungkin dia sudah penat menjelajah dari rumah ke rumah dan kekecewaan itu jelas kelihatan pada air mukannya. Dalam kereta kelihatan masih ada lagi yang setia memberi salam di kejiranan saya itu.


                                  Kepada pihak sekolah pohon jangan gunakan pelajar untuk mengumpul dana, carilah kaedah atau platform lain yang lebih efisien. Antara kaedah yang boleh di perhalusi adalah:-

                                  1. Bina Blog atau Website Sekolah
                                  Sebarkan maklumat, aktiviti, perancangan di dalam blog atau website dan letakkan NO AKAUN sekolah atau pusat tahfiz anda. Saya yakin dengan cara ini pasti ramai dermawan-dermawan yang akan memberi sumbangan. Ianya tidak terbatas di Malaysia sahaja, seluruh dunia akan tahu mengenai sekolah tahfiz yang sedang diusahakan. Disamping itu juga cara ini begitu mudah kerana sumbangan akan diberikan dengan hanya klik dihujung jari disebabkan adanya kemudahan online banking. Blog atau websit perlu sentiasa dikemaskini dengan informasi terkini berkaitan pelajar dan sekolah kerana ia akan meningkatkan keyakinan para penyumbang untuk menambah dana sekolah.

                                  2. Guna Media Sosial
                                  Disamping itu juga media sosial seperti facebook, tweeter, instagram dan lain-lain boleh digunakan bagi mewar-warkan maklumat dan aktiviti sekolah. Sudah pasti dalam masa 1 minit ramai yang akan menerima maklumat dan ada antara mereka tidak was-was untuk menderma. Mudah untuk pihak sekolah melakukannya kerana tidak ramai kakitangan yang diperlukan untuk melakukan ini dan tidak mustahil pengasas/ pengetua boleh melakukannya sendiri kerana maklumat boleh disebarkan dimana-mana dan pada bila-bila masa.

                                  3. Berkerjasama dengan Syarikat Koporat
                                  Sebagaimana yang kita semua sedia maklum syarikat korporat mempunyai dana Corporat Social Responsibility (CSR), jika pihak pengurusan sekolah bijak meyakinkan syarikat-syarikat gergasi untuk menjadi penyumbang tetap pasti pihak sekolah tidak akan pening lagi untuk memikirkan masalah kewangan sekolah. Jika bernasib baik sekolah akan diambil sebagai anak angkat dan sudah pasti sumbangan akan diterima secara berjadual atau jika pihak sekolah memerlukan bantuan pasti mudah untuk diperolehi.

                                  Sebenarnya banyak lagi cara yang boleh digunakan oleh pihak sekolah dalam mengumpul dana untuk meningkatkan kemudahan dan keperluan sekolah. Tapi tolonglah jangan guna para pelajar untuk membuat kutipan, kasihanilah mereka. Mereka inilah yang akan mencorak masa depan depan negara.

                                    Kes Pecah Rumah dan Tips Sebelum Pindah

                                    $
                                    0
                                    0
                                    Assalamualaikum w.b.t.

                                    Sekarang ini kes pecah rumah di kejiranan saya semakin menjadi-jadi, walaupun pada hari kerja saya tiada di sana namun berita terkini akan diterima daripada group whats app kaum ibu. Minggu lepas 3 buah rumah menjadi mangsa, semalam sebuah lagi rumah dimasuki pencuri. Sedihkan sebab ramadhan tidak memberi erti buat mereka-mereka yang mencari rezeki dengan cara begini. 

                                    Kejadian terbaru dapat dirakam oleh cctv milik jiran belakang rumah, sekitar jam 7.06 malam seorang pemuda menaiki motosikal memasuki rumah tersebut melalui pintu tanpa membuka helmet dan beliau membawa keluar ketuhar. Malamnya ketika orang sedang sibuk untuk menunaikan solat isyak dan tarawikh, sebuah pacuan 4 roda jenis triton datang dan sempat mengambil 2 buah tv flat screen dan pinggan mangkuk berjenama. Kejadian ini disedari oleh jiran dan mereka sempat mengejar kenderaan tersebut namun gagal menangkapnya. Apabila diperiksa oleh oleh tuan rumah didapati ada peralatan lain yang telah dikumpulkan seolah-olah akan ada trip seterusnya. Oh ya tuan tiada semenjak pagi dan pulang sekitar jam 9.30 malam. Ya Allah peliharalah kejiranan kami ini. 

                                    Berdasarkan kepada kejadian-kejadian ini didapati rumah yang menjadi sasaran adalah rumah yang tidak berpenghuni tetapi terdapat barang-barang di dalamnya kerana mangsa sedang berpindah secara berperingkat. Yang kedua rumah telah didiami tetapi jeriji (grill) masih belum dipasang. Jadi saya kongsikan sedikit tips untuk mereka yang akan memasuki rumah baru.

                                    1. Perancangan awal
                                    Jika anda berhasrat untuk mengubahsuai rumah seboleh-bolehnya laksanakan sebelum anda berpindah terutamanya yang melibatkan pecah pecah dinding, pintu dan tingkap. Memang perkara ini bukanlah mudah kerana ia akan melibatkan kos yang tinggi. Bukannya apa fikirkanlah keselamatan diri dan keluarga, bagaiman keadaan jika kita tinggal di rumah yang dindingnya hanya ditutup dengan papan/ kayu buat sementara waktu, memang amat merbahaya kerana pencuri akan mudah masuk. Buat perancangan awal dan berikan keutamaan kepada kepada perkara penting. Contohnya jika kita bercadang untuk sambung dapur tetapi duit yang ada adalah untuk membeli perabut, pada saya sambung dapur dulu dan pasang jeriji keselamatan dahulu kerana perabut kita boleh beli secara berperingkat pada masa akan datang.

                                    2. Jeriji (Grill) keselamatan
                                    Ini adalah perkara paling penting, mungkin ada yang berpandangan bahawa memasang grill keselamatan akan mencacatkan pemandangan rumah kita kerana kalau nak yang cantik kos adalah tinggi. Pilih grill yang mengikut kemampuan kita yang penting selamat dan anti pencuri (hihihi ada ke??). Ingatlah bahawa  jika sesebuah rumah itu tiada grill seolah-seolah ia mengundang pencuri untuk datang.

                                    3. Kenali jiran tetangga
                                    Walaupun kita belum mendiami rumah berkenaan cuba kenali jiran tetangga terlenih dahulu. Bukannya apa sekurang-kurangnya mereka boleh tengok-tengokkan rumah kita sama. Bagitau mereka tentang rancangan kita, bukannya apa manalah tahu kita tak buat apa-apa lagi tapi pendawaian dalam rumah dah dilarikan orang. Semasa kejadian mungkin jiran tetangga beranggapan kerja-kerja pemasangan lampu dan kipas sedang dijalankan. Hrmmm tak naya namanya tu.

                                    4. Pilih Kontraktor
                                    Sebelum masuk rumah baru pasti akan ada melibatkan pihak ketiga kecuali le kalau kita boleh lakukan segala kerja dengan sendiri. Sebelum lantik mana-mana pihak untuk buat kerja di rumah kita siasat dulu latar belakang syarikat mereka. Lagi baik kalau ambil kontraktor yang dipercayai cara kerjanya, contoh recamendation dari sahabat handai, rakan taulan dan orang lain yang kita percayai. Bukannya apa mereka akan keluar masuk ke rumah kita sehingga kerja-kerja siap sepenuhnya. Takut juga baru kerja 2-3 hari dah hilang, tambah malang lagi apa yang ada dalam rumah kita dibawanya sekali.

                                    5. Pasang cctv
                                    Jika berkemampuan pasanglah cctv awal-awal di kediaman anda. Bukannya apa bila dah masuk rumah baru nak pasang kita pasti akan berfikir 2-3 kali sebab wayar yang akan dipasang dapat dilihat dan menyakitkan mata. Kedua pulak kalau nak pasang secara conseal pulak rumah kita akan berhabuk dan akan menimbulkan ketidakselesaan kepada kita sekeluarga.

                                    So kepada pembaca-pembaca yang akan pindah rumah baru semoga selamat semua. Pindah memindah ni memang menyiksakan dan kalau boleh memang takmo pindah randah dah. Nak pack barang satu hal nak unpack lagi la siksa. Sampai sekarang ni masih ada barang yang tak keluar dari kotak lagi dan silap haribulan letak je dalam setor.

                                    "Cuba tahun ni jangan balik kg" - Pakar Motivasi

                                    $
                                    0
                                    0
                                    Assalamualaikum w.b.t

                                    Dari hari tu lagi nak buat entri pasal topik hot ni tapi tak dan, kekononnya sibuk sesangat le kan (alsannn!!!). Bila tengok video pasal jangan balik kg di facebook haritu memang menyirap darah dibuatnya, nasib baik puasa jadi tak boleh nak pong pang pong pang. Sebagai orang yang bijak fikir dan nilaikan sendiri, lontarkan pandangan dengan cara yang betul dan ditempat yang betul. Tapi tu le memang kesian le dekat Pakar Motivasi ni, Syed Abdul Aziz Qubra dan bertambah kesian bila tengok pengacara tu pun mengiyakan apa yang diutarakan. 

                                    Pintu Gerbang di kg halaman tercinta. Gambar ni ambik kat google

                                    Pada saya banyak lagi cara untuk kita berjimat semasa menyambut hari kemenangan umat islam nanti. Jangan balik kg tu adalah alternatif terakhir yang boleh kita pilih itu kalau kedua ibu bapa kita telah tiada. kalau masih ada insan yang bergelar ibu bapa di kg tolong le balik. Kita adalah kebahagian mereka dan mereka adalah kebahagian kita. 

                                    Alhamdulillah kami memang balik kg setiap kali Hari Raya Aidilfitri dan jarak antara kg saya dan kg hb hanyalah dalam 30 minit perjalanan dengan menaiki kereta. Sekarang ni hanya ada ibu mertua sahaja yang masih kami punya dan adalah wajib bagi kami beraya di Kg. Bahagia, Teluk Intan. Manakala emak dan apak saya telah meninggalkan kami adik beradik pada tahun 2006 dan 2012. Jadi saya adik beradik bermuaafakat setiap kali aidilfitri akan akan ada satu hari untuk kami berkumpul di rumah pusaka di kg Pasir Salak. Jadi pada saya tiada istilah untuk jangan balik kg pada hari raya. 

                                    Banyak lagi cara lain yang boleh kita lakukan kalau nak berjimat ni, kaedah-kaedah yang boleh saya fikirkan sekarang ini adalah:-

                                    1. Persiapan raya yang berpada-pada
                                    Setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri pasti kita nak serba baru (pakaian, langsir, perabut, cat rumah dan banyak lagi le). Part yang ini banyak yang kita boleh jimatkan, contohnya pakaian baru tak perlu le sampai berpasang2 cukuplah sekadar sepasang untuk dipakai pada hari raya pertama, langsir sediada just basuh dan gantung semula, perabut tu kalau dah rosak perbaiki dan kalau boleh cat, cat je semula. Sah-sah akan nampak baru. Lagi satu pakaian tu tak perlu le ikut trend atau yang ada jenama sangat, beli yang sedap mata memandang dan selesa dipakai. Lagi mahal harga barang yang kita beli lagi banyak le gst yang kita bayo.
                                    (Nota: Ustaz Haslin Bolywood kata sebenarnya raya hanya sehari sahaja bukannya 30 hari)

                                    2. Kuih Raya
                                    Kalau boleh buat le kuih raya sendiri, kuih yang ringkas-ringkas pun tak pe sekadar untuk menjamu tetamu yang akan berkunjung ke rumah kita nanti. Sekarang banyak resepi kuih muih yang sedap-sedap boleh kita dapat dari internet. Bukan saya nak menutup pintu rezeki penjual kuih, tapi sekadar saranan untuk kita berjimat cermat. Ye lah nanti kalau order bukan untuk rumah kita je, untuk bawa balik rumah mak dan rumah mak mertua pun kena ada.

                                    3. Pemberian duit raya
                                    Kalau sebelum ni kita bagi RM5/ RM3/ RM2 seorang, tahun ni kita kurang kan. Mungkin kita akan dengar kata-kata pedas luahan hati anak2 sedara yang kecewa tapi kita boleh terangkan kepada mereka, In Shaa Allah mereka akan faham. Dan kalau kita rasa memang tak mampu nak bagi langsung tahun ni tak payah bagi pun tak pe, buat muka seposen je la pada budak-budak tu.
                                    (Nota: Ustaz Haslin Bolywood kata sebenarnya bersedekah di dalam bulan ramadhan adalah sebaik-baik sedekah)

                                    4. Elakkan pembaziran
                                    Kalau dah berkumpul di kg pasti banyak makanan yang akan disediakan rendang ayam, rendang daging, rendang kerang, lemang, nasi impit kuah kacang dan banyak lagi le. Yang ni pun boleh jimat juga, tak perlu kita masak macam-macam sangat. Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan... kihkihkih tetiba pulak. Kalau tanya kat pekerja majlis bilakah waktu sampah paling banyak pasti hari raya aidilfitri le jawapannya. Kalau diorang cuti 2-3 hari alamat melepah ruah le tong-tong sampah yang disediakan.

                                    5. Muafakat
                                    Kalau dah berkumpul ramai-ramai tu seboleh-bolehnya perbelanjaan sepanjang berada di kg tu pakat-pakat kongsi sorang sikit. Kami adik beradik guna istilah tong-tong, seorang akan jadi pemegang amanah dan menguruskan keperluan-keperluan yang hendak dibeli. Bukannya apa kalau masing-masing membeli ni susah dan akan banyak pembaziran akan berlaku, kadang-kadang 2-3 orang membeli benda yang sama (hrrmmm jenuh nak habis tu).Alhamdulillah kaedah ni memang praktikal biasanya bila dah balik adalah sikit-sikit bahan yang tinggal untuk digunakan oleh adik dan keluarga yang tinggal di rumah pusaka tu.

                                    Tempat persemadian emak dan apak. Gambar ni pun ambik kat google

                                    Nota: kepada yang masih punya ibu bapa di kg, buat perancangan sebaik mungkin untuk beraya bersama mereka. Bukan wang ringgit yang diharapkan tetapi masa yang diluangkan bersama mereka lebih bernilai dari intan dan permata. Selagi kita membahagiakan ibu bapa In Shaa Allah rezeki kita tidak akan terputus, ingatlah Allah Maha Pemberi dan sebaik-baik pemberi rezeki. Apa gunanya duit bertimbun jika hati ibu bapa di kg penuh dengan kerinduan pada anak2 dan cucu2.




                                      10 malam terakhir Ramadhan 1436H

                                      $
                                      0
                                      0
                                      Assalamualaikum w.b.t.

                                      Sebentar sahaja lagi kita akan melangkah ke 10 malam terakhir ramadhan, begitu pantas masa berlalu. So apalagi mulakan pecutan terakhir anda, semoga kita bertemu dengan malam Al-Qadar. Ameen...

                                      Sumber: Facebook


                                        Viewing all 168 articles
                                        Browse latest View live




                                        Latest Images

                                        Pangarap Quotes

                                        Pangarap Quotes

                                        Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

                                        Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

                                        HANGAD

                                        HANGAD

                                        MAKAKAALAM

                                        MAKAKAALAM

                                        Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

                                        Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC