Quantcast
Channel: My Homework
Viewing all articles
Browse latest Browse all 168

Saya Ahli Tupperware

$
0
0
Assalamualaikum w.b.t


Ingat tak entri Jatuh Cinta Dengan Tupperware, hrmmmm sekarang ni memang dah parah. Lepas beli set yang pertama tu kerap le saya berkunjung ke meja adik (ahli tupperware). Berkenan dengan set di bawah ni tetapi disebabkan kesibukan kerja dan pelbagai aktiviti jabatan adik tak sempat nak pergi belikan. Sudahnya tawaran bulan Julai berakhir dan set tu tidak ditawarkan pada bulan Ogos.


Malam tadi pula group wasap lorong taman sibuk membincangkan hadiah cabutan yang hendak disumbangkan sempena Majlis Jamuan Hari Raya Taman pada hari sabtu ini. Pelbagai cadangan dikemukakan dan akhirnya majoriti mommies bersetuju beli set tupperware, so daddies just follow je. Saya pulak dengan senang hati menawarkan diri untuk pergi belikan, bajet yang ada sebanyak RM165.00. 

Hari ini dalam sejarah, saya menjejakkan kaki di stokis tupperware mergong (berhadapan tesco mergong), masyaallah memang saya telah jatuh cinta dan banyak yang saya nak. Sudahnya kakak stokis tu sarankan supaya saya jadi ahli. Bila semak dalam sistem nama saya pernah didaftarkan sebagai ahli tapi status dropped. Hihihihi baru teringat yang adik ipar pernah daftarkan dulu, hari ini daftar semula dan SAH bergelar Ahli Tupperware.

Perkara ini telah difirkan terlebih dahulu tapi tiada sebarang keputusan dibuat sebelum ini. Sebab-sebab utama saya akan mengumpul koleksi tupperware adalah:

  • Masa buat makan-makan dirumah minggu lepas, baru saya perasan bahawa tiada set yang sesuai untuk hidangkan makanan kepada tetamu. Maksudnya yang ada cuma mangkuk kaca pemberian ibu mertua lama dulu. Bila dah dihidangkan saya perlu tutup dengan apa pinggan2 je. :( 

  • Kabinet simpanan terhad jadi kalau beli set kaca, tak boleh nak disimpan kabinet di bahagian atas. Jadi tupperware adalah pilihan terbaik, mudah disimpan dan nampak elegan bila dihidangkan.

Hasil tuaian hari ini adalah seperti di bawah.  


 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 168

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes