Quantcast
Channel: My Homework
Viewing all articles
Browse latest Browse all 168

Sakitnya kakiku

$
0
0
Assalamualaikum w.b.t..
Pernahkah anda memakai kasut tumit tinggi? Seronokkan bila kasut bertumit lebih dari 1 inci tersarung di kaki, rasa lebih berkeyakinan dan nampak elegan. Hrrrmmmm tu mungkin dulu, sekarang ni tak boleh pakai selalu sebab sudah mula terasa kesan pemakaiannya. Kalau dulu suka sangat beli kasut yang bertumit, yang leper tu memang tak berapa nak pandang. Tapi sekarang ni dah terbalik terpaksa cari yang leper demi untuk kesihatan. Ada le sepasang dalam kereta untuk lepas gian. 


Hari ni ada perhimpunan pagi dan mesyuarat pengurusan, jadi pakai le kasut yang jarang-jarang tersarung di kaki tu. Sebelum ni pengarah pernah tegur "you ni dah le tinggi, pakai pulak high heel. Memang kalah semua orang". Hehehe memang betul pun dengan ketinggian 1.7 meter ditambah dengan tumit kasut 2 1/2 inci memang tak sedar diri dibuatnya.


Bila dah pakai seharian, malam ni tanggung le akibatnya. Masa solat terasa kaki teramat le sakit, padan muka den. Mana tidaknya dengan memakai kasut tumit tinggi pengagihan berat badan adalah tidak sama rata. Keselurahan daya berat badan diturunkan pada hujung kaki. Semakin tinggi tumit kasut, maka semakin tinggi daya yang dikenakan pada kaki dibahagian jari ini. Selepas beberapa lama, terutamanya jika mengenakan kasut tumit tinggi hampir setiap hari, pasti akan terasa ketegangan dan kesakitan pada kaki bahagian hadapan (osteoarthritis).


Jadi untuk mengurangkan ketegangan yang dirasakan, saya akan merendam kaki dalam air suam yang dicampur dengan garam bukit selama 20-30 minit. Garam bukit ini sangat berkesan untuk melegakan keletihan dan kelenguhan. Antara khasiat yang boleh diperolehi adalah :

1. Melancarkan peredaran darah seluruh badan.
2. Membantu membuang toksin dari badan dan dapat mengelakkan virus.
3. Melegakan kesakitan otot, lenguh-lenguh, sakit-sakit sendi, sengal-sengal dan kekejangan otot kaki.
4. Mengurangkan kesakitan dan keletihan kaki setelah seharian berdiri dan berjalan.
5. Membantu merawat tumit kaki yang merekah.
6. Mengurangkan pening, migrain, angin, lemak
7. Menghilangkan gatal-gatal, kaki berair (kulat air), kaki pecah, kaki berbau
8. Melancarkan perjalanan darah, mengurangkan toksid, lemak/kolestrol di samping mengaktifkan perjalanan darah.
9. Mengurangkan kesakitan dari sakit gout

Kesimpulannya kurangkan pemakaian kasut bertumit tinggi dan rendamkan kaki anda sekurang-kurang 2 kali seminggu untuk mengurangkan ketegangan pada kaki. 


    Viewing all articles
    Browse latest Browse all 168

    Trending Articles


    Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


    Sapos para colorear


    Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


    Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


    Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


    5 Tagalog Relationship Rules


    INUMAN QUOTES


    Re:Mutton Pies (lleechef)


    Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


    Girasoles para colorear


    Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


    OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


    Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


    Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


    BARKADA TAGALOG QUOTES


    Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


    FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE