Quantcast
Channel: My Homework
Viewing all articles
Browse latest Browse all 168

MGTT dan BSP

$
0
0
Assalamualaikum w.b.t......

Hrmmm semakin dekat tarikh yang ditunggu semakin suka pula nak menaip dan menulis di blog. Masa bawa kereta macam-macam idea timbul, tapi sampai rumah memang tak larat nak duduk lama2, selesaikan apa yang patut lepas solat isyak terus tumbang. Ok le untuk entri kali ini saya nak kongsikan sikit pengalaman sebagai penghidap diebetik. 

Semasa kandungan pertama dan kedua memang takde masalah, semuanya ok. Tapi pada kandungan ketiga saya disahkan mengidap kencing manis. Namun alhamdulilah bila aqil dzaki selamat dilahirkan tahap gula dalam darah kembali normal. Untuk kehamilan kali ini sekali lagi disahkan sebagai pengidap kencing manis. Ini mungkin disebabkan pengambilan makanan semasa sambutan aidilfitri yang lepas. 


Diawal kehamilan (18 minggu) bacaan MGTT adalah 3.8/7.0, dr telah menasihatkan supaya berhati-hati dalam pengambilan makanan. (Ujian MGTT adalah untuk mengenalpasti samada ibu mengidap penyakit kencing manis semasa hamil.Kebiasaannya ujian ini dilakukan pada wanita yang berisiko tinggi contohnya mak ayah ada Diabetik.Selain itu,seperti Gestational diabetes pada kehamilan yang lepas, Obesiti (BMI >30), Umur > 35, GlycosuriaPrevious big baby> 4.0 kg, Recurrent abortion atau stillbirth dan Polyhydramnios). Ketika usia kandungan menginjak ke 30 minggu sekali lagi Ujian MGTT dilakukan dan bacaan 4.0/8.2. Oleh itu sah le saya mengidap kencing manis, namun syukur alhamdulillah ianya tidaklah sampai ke peringkat cucuk insulin. Pakar pemakanan menasihatkan saya supaya kawal pemakanan dengan kurangkan makanan manis dan banyakkan makan buah-buahan dan syur-sayuran.


Rutin pemeriksaan berubah dan setiap kali ke klinik saya perlu membuat BSP sehari sebelumnya.  BSP adalah singkatan dari Blood Sugar Profile. Prosesnya menuntut setitis darah dari hujung jari dengan menggunakan glucometer untuk pantau kandungan gula dalam darah. Ia dilakukan 3 kali dalam sehari iaitu sebelum sarapan pagi, 2 jam selepas makan tengahari dan 2 jam selepas makan malam. Ianya boleh dilakukan di klinik dan juga di farmasi. Caj yang dikenakan adalah RM 2.00 - RM 4.00. Berdasarkan kepada bacaan yang direkodkan sehingga ke hari ini kadar gula dalam darah adalah normal. Ini mungkin disebabkan oleh amalan pemakanan yang lebih sihat di mana kebanyakan makanan yang digemari (teh tarik, nasi lemak, kek, kuih muih, bubur dll) terpaksa dilupakan buat seketika. 

Memang sukar tapi bila memikirkan anak yang dikandung perlu teruskan sehingga selamat melahirkan. Sebagai ibu yang pernah melalui fasa kelahiran pra-matang dan kehilangan bayi yang dikandung, sudah pasti setiap saranan dr akan cuba dipatuhi dengan sebaik mungkin. Pernah terbaca dalam blog, terdapat ibu yang menulis sendiri atau dengan erti kata lain menipu bacaan BSP demi untuk mengelakkan dileteri oleh jururawat dan dr. Pada saya itu adalah tindakan tidak bijak kerana kita bukannya hanya menipu mereka tetapi kita menipu diri sendiri. Dan lebih malang lagi kesan/ akibat akan ditanggung oleh anak yang dikandung.



    Viewing all articles
    Browse latest Browse all 168

    Trending Articles


    Jimmy Neutron para colorear


    Tinkerbell para colorear, pintar e imprimir


    Pokemon para colorear


    Girasoles para colorear


    Love Quotes Tagalog


    Re:Mutton Pies (jameskoiman)


    Hagibis (1946) by Francisco V. Coching


    Re: lwIP PIC32 port - new title : CycloneTCP a new open source stack for...


    Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.5.4 by Vimeo Inc


    Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.5.5 by Vimeo Inc