Quantcast
Channel: My Homework
Viewing all articles
Browse latest Browse all 168

Laluan Pejalan Kaki KLCC - Bukit Bintang

$
0
0
Assalamualaikum w.b.t
Sekali lagi nak kongsikan pengalaman menarik semasa bercuti bersama keluarga di Kuala Lumpur tempohari. Setelah puas menikmati gelagat ikan2 yang terdapat di Aquari KLCC, kami sepakat untuk bawa anak-anak ke Berjaya Times Square. Hehehehe sebenarnya mama yang nak pergi sangat, nak lepaskan tension kat situ. Paham-paham je la kalau duk main game kat dalam tu memang menjerit tak hengat. Kali ni baba cadangkan untuk berjalan kaki je, kamu pun akur. Entah macam mana keluar je dari kawasan taman KLCC kami nampak Laluan Pejalan Kaki  jadi apalagi langkah diatur dengan gembira sekali.
Ihsan dr. google

Berikut adalah maklumat yang saya perolehi dari dr. google, laluan pejalan kaki ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 28 Januari 2012 yang menyediakan hubungan terus dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) ke Bukit Bintang, menawarkan keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai untuk berjalan antara dua lokasi pelancongan dan runcit utama itu.

Laluan pejalan kaki bertingkat yang berhawa dingin sepanjang 562 meter dan selebar lima meter itu merentasi kawasan sibuk di Jalan Pinang, Jalan Perak dan Jalan Raja Chulan dengan pintu masuk dan pintu keluar tangga bergerak dan tangga di lokasi strategik. Dibangunkan secara berfasa, laluan bertingkat itu membentuk sebahagian besar daripada laluan pejalan kaki sejauh 1.173 km menghubungkan KLCC ke Bukit Bintang.

Laluan itu menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ke Impiana KLCC Hotel dan hotel itu ke lintasan jambatan Pavilion di Bukit Bintang. Bahagian lain terdiri daripada terowong pejalan dari aras dataran pusat konvensyen itu yang kini menghubungkan ke terowong sedia ada ke pusat membeli belah Suria KLCC.


Dengan laluan itu, orang awam kini boleh berjalan kaki dari Bukit Bintang dan Stesen Monorel Raja Chulan ke Stesen LRT KLCC – menerusi Suria KLCC – dalam suasana yang selesa dengan terowong dan laluan berbumbung dan berhawa dingin. Bagi golongan kurang upaya, mereka boleh masuk dan keluar ke laluan itu menerusi lif khas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Pembinaan laluan pejalan kaki dan terowong itu dibiayai dana RM100 juta yang disediakan oleh PETRONAS sebagai sebahagian daripada sumbangan sosialnya. Projek itu adalah sebahagian daripada siri laluan pejalan kaki untuk menghubungkan Laluan Runcit dan Pelancongan antara KLCC dan Bukit Bintang di bawah Inisiatif Rangkaian Pejalan Kaki Komprehensif Bidang Ekonomi Utama Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang kerajaan.

Matlamat inisiatif itu adalah untuk menggalakkan lebih ramai penduduk Malaysia menggunakan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dengan menyediakan laluan pejalan kaki yang selamat dan selesa untuk bergerak antara satu tempat ke tempat lain semasa mereka berada di ibu kota. Projek itu dimajukan oleh KLCCH, anak syarikat PETRONAS secara kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Laluan pejalan kaki dan terowong itu juga melengkapkan pelan komprehensif bagi laluan hubungan pejalan kaki yang merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Pembangunan KLCC. 


Akhir kata, semoga laluan ini tidak disalahgunakan dan dapat memberi manfaat kepada warga kota untuk urusan seharian. Ia bukan hanya menjimatkan kos perjalanan namun dapat membolehkan pengguna menjalani cara hidup sihat.



    Viewing all articles
    Browse latest Browse all 168